View: 1339|Reply: 4
|
Lelaki Maut Ayam Sabung 'Makan' Tuan
[Copy link]
|
|
Lelaki meninggal dunia gara-gara terkena pisau yang diikat pada kaki ayam jantannya yang digunakan untuk tujuan bersabung.
Dalam kejadian di Telangana, selatan India itu, lelaki berkenaan dikatakan cuba menangkap ayam jantannya yang melarikan diri sebelum pisau yang diikat pada bahagian kaki haiwan itu tertusuk di pangkal pahanya.
Gambar hiasan
Lelaki tersebut meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital kerana kehilangan banyak darah dek tusukan pisau sepanjang 7 sentimeter (cm) itu, lapor BBC.
Polis kini memburu 15 individu lain yang dikatakan terlibat dalam pertandingan sabung ayam haram tersebut.
Mereka yang terlibat dalam pertandingan tersebut berdepan dengan tuduhan pembunuhan, pertaruhan haram dan mengadakan sabung ayam, lapor agensi berita AFP.
Pegawai polis, B Jeevan berkata ayam jantan itu akan dibawa ke mahkamah sebagai bukti perbicaraan kelak.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
x pasal2 ayam masuk mahkamah... |
|
|
|
|
|
|
|
Kene major artery ek
Kawan aku citer cikgu dia dulu kena kaca kat peha, bleeding meninggal tak sempat sampai hosp pun. |
|
|
|
|
|
|
|
kejamnya...sian ayam tu...
padan muka kena diri sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tau kena tusuk kat peha leh bawa maut... bahayanya |
|
|
|
|
|
|
| |
|