CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11020|Reply: 102

[Tempatan] Terpaksa solat depan lif, Lufya persoal surau pusat beli-belah ditutup kerana PK

[Copy link]
Post time 2-3-2021 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Rungutan masyarakat berhubung polisi pusat beli-belah yang masih menutup beberapa fasiliti penting pengunjung seperti ruang surau untuk ibadah bagi mengekang penularan virus Covid-19 seiring pelaksaan Perintah Kawakan Pergerakan (PKP) masih berlanjutan di beberapa buah negeri.

Terbaharu, pelakon dan juga penyanyi Lufya Omar meluahkan reaksi kurang senang berhubung itu tersebut dan mendakwa dia terpaksa menunaikan solat di hadapan lif kerana surau di sebuah pusat beli-belah ditutup.

Menerusi perkongsian dalam Instagramnya, pelakon drama Umairah itu memuat naik sekeping gambar dia berada di hadapan sebuah lif dalam keadaan bertelekung.

Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 37, turut mempersoalkan mengapa pelbagai kemudahan dan perniagaan lain dibenarkan beroperasi tetapi tidak untuk rumah ibadah.

“Rasa sedih sangatlah macam ini. Kita sudah tidak dalam fasa PKP lagi tetapi surau pun masih ditutup. Pergi surau di stesen minyak juga tutup.

“Pusat beli-belah yang elit pun sama. Tiada tempat untuk tunaikan solat, ditutup. Bila tanya pekerja Islam pun tidak tahu di mana hendak solat, akhir sekali solat di tempat tercorot depan lif,” kongsinya dalam perkongsian tersebut.

Pada masa sama, bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam itu turut berpendapat penutupan rumah ibadah akan menjauhkan umat Islam dengan Tuhan.

“Macam ini punya cara, makin menjauhkan umat Islam dengan Tuhan.

“Bukankah sepatutnya dalam waktu kesulitan inilah kita perlu banyakkan muhasabah diri dan perbanyakkan majlis-majlis agama serta solat hajat,” luahnya lagi.

Ini bukan kali pertama selebriti tanah air mempersoalkan tentang isu berkenaan kerana sebelum ini, penyanyi Nubhan juga pernah menyuarakan ketidakpuashatian surau pusat beli-belah ditutup sehingga terpaksa menunaikan solat dalam bilik persalinan sebuah butik pakaian. – K! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2021 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau ke? Ada sesetengah tempat masjid pun tutup, ajk je yg blh masuk
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Pavi mmg tutup suraunya and kene solat dekat bilik breastfeeding
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahla dek...nak pergi pusat beli belah pon tgk waktu la sbb dah tau surau tutup....takkan dok merayap sampai berjam jam
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
surau ni biasanya tertutup n tempat pengudaraan yg kurang bagus. i wish mall2 besar tu tolongla buat surau yg selesa , open concept dr segi air  ventilation. ni x, ruang yg terkedap seolah sama mcm toilet. kalau mcm kat rnr tu ade juga surau yg buat concept open. so elakkan la pergi ke public toilet esp kalau ada org lain kat dlm tu. my sister dah kena kuarantin sbb bersama penghidap covid di dalam sebuah surau di tempat kerja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 08:49 AM | Show all posts
alaaaa pedehal.. pegi je la kt bilik tukar lampin baby tu
ruang pn agak luas, muat je nak guna utk solat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2021 08:53 AM | Show all posts
ladybugz replied at 2-3-2021 08:41 AM
surau ni biasanya tertutup n tempat pengudaraan yg kurang bagus. i wish mall2 besar tu tolongla buat ...

aku pun frust, kat mall2 dh tau tme solat kan ramai lbh2 lagi Maghrib pendek.. tp surau kecik, kedap udara, jauhhhh lorong2 susah nk cari, ada yg buat kat sama level tgkt atas di parking, kena rentas puluh2 kereta baru jumpa surau kecik cinonet
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Better keluar shopping awal then boleh balik sblm zohor atau lepas zuhur tiba rumah sebelum pkul 7,so sempat asar. Benda2 ni diri sendiri yg planning. Kalau kau plan to fail...makanya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2021 08:59 AM | Show all posts
chinta89 replied at 2-3-2021 08:53 AM
aku pun frust, kat mall2 dh tau tme solat kan ramai lbh2 lagi Maghrib pendek.. tp surau kecik, ked ...

Dah la surau kecik ada pulak yg siap berwirid berdoa bagai pulak lps tu..geleng kepala tok arab tggu turn..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
sbnrnye arahan penutupan surau ni ikut arahan jabatan agama negeri, ade boleh bukak ade xleh, lain negeri lain arahannye, ni termasuklah surau kat mall atau stesen minyak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 09:05 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 2-3-2021 08:59 AM
Dah la surau kecik ada pulak yg siap berwirid berdoa bagai pulak lps tu..geleng kepala tok arab tg ...

aku setujuuuu bab ni,  ish geram.. dia siap doa panjang2 sibuk wirid, org dh la nk kejar solat maghrib nk guna telekung solat yg surau punya tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru masuk islam ka. ?

Dalam mall ada tokpekong.. ada  kuil dak   ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 09:07 AM | Show all posts
chinta89 replied at 2-3-2021 09:05 AM
aku setujuuuu bab ni,  ish geram.. dia siap doa panjang2 sibuk wirid, org dh la nk kejar solat mag ...

Tu sbb salah didikan..x tau yg mana keutamaan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
apa masalah dia sampai kena solat dkt luar? solat la dkt rumah. time2 covid ni tak sesuai nak berjln berjam2 la b*d*h. keluar pagi2 balik sebelum zohor habis takpun keluar lps zohor balik sebelum asar habis. takpun solat je tepi kereta dkt mn2. itu pun nak kena ajar ke? jadahnya la sampai kena solat depan lif



Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
npe dia kata Kita bukan dlm PKP lg eh..dia duk Mana?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 09:22 AM | Show all posts
badaksumbu replied at 2-3-2021 09:14 AM
apa masalah dia sampai kena solat dkt luar? solat la dkt rumah. time2 covid ni tak sesuai nak berjln ...

tu la pasal
dah tau surau tutup pandai2 la arrange masa keluar awal n balik sebelum habis waktu solat
tu pun tak bole pikir ke
shopping pun nak lama2 ke time covid ni
tapi klu yg travel iols kesian jugak. susah nak cari tempat solat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2021 09:33 AM | Show all posts
makneng replied at 2-3-2021 08:56 AM
Better keluar shopping awal then boleh balik sblm zohor atau lepas zuhur tiba rumah sebelum pkul 7,s ...

Ya. Betul kene rancang btul2 especially time covid nie.
Even before covid I akan pergi mall pkul 10. Smp my friend ckp nak tolong buka kedai.

Lebih mudah sbb tak ramai dan dpt balik before Zohor.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 09:38 AM | Show all posts
dia ni saje je, sikit2 nak up kat socmed. mentang2 nama dah suam2 kuku.. kao dah tahu kan PKP byk tmpt solat tutup... baru kuar gua kot adehhh macam2 lah dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
solarlunar replied at 2-3-2021 09:33 AM
Ya. Betul kene rancang btul2 especially time covid nie.
Even before covid I akan pergi mall pkul  ...

Dulik apa org nak kata nak pegi buka kedai or not. Mak mmg pegi awal pagi, kalau kata aeon buka 1030,mak keluar rumah pukul 930 not later than 1000,drive santai2, sampai awal dpt parking spot best, dapat shopping x bersesak2. Dpt balik awal. Selalunya mak balik jam 12, mandi rehat2 tunggu zuhur. Provided mak dah makan siap2 or dah tapau siap2. Malas nak heboh2 surau or masjid tak buka.. Taknkuasa nak guna alasan time pandemic la kena byk berdoa  beribadat so surau n masjid wajib buka macam biasa. Tak kuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2021 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigih jgk nak keluar tume covid ni. Dah terdesak dgt, keluarlah time lepas waktu, takpun pagi2 mall bukak. Aku buat mcm ni sbb takut tak terkejar waktu zohor nti. Takpu keluar time period  relax keluar sehari suntuk pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.066867 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list