View: 8569|Reply: 59
|
Fadlan Bengang- "Aku Sakit Pun Datang Set Macam Biasa, Tak Pernah Minta Cut
[Copy link]
|
|
Tiada angin tiada ribut, nama pelakon Fadlan Hazim tiba-tiba terpalit cerita kurang enak yang mendakwa dia berehat sementara dari industri seni hiburan.
Menafikan dakwaan yang timbul, Fadlan berkata, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian malah sentiasa memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya lakonannya.
Tambah Fadlan, mungkin gosip itu timbul kerana tiada karya baharu lakonannya di kaca televisyen menyebabkan orang tertanya-tanya.
Foto: IG
"Entah macam mana boleh timbul dakwaan mengatakan saya 'berehat sementara'. Mungkin disebabkan saya sudah lama tak keluar TV dengan drama baharu.
"Mungkin juga ada yang terbaca artikel mengenai masalah saya yang bergelut dengan gangguan mental tahun lalu sekali gus mereka beranggapan saya sedang berehat atau menerima rawatan.
"Secara jujurnya saya masih lagi aktif berlakon. Banyak tawaran yang datang cuma penularan wabak Covid-19 sedikit sebanyak menganggu jadual kerja dan waktu siaran drama," katanya.
Terdahulu Fadlan membuat perkongsian menerusi Instagram meluahkan rasa terkilan apabila timbul dakwaan tidak benar mengenai karier seninya.
"Siapa yang pandai-pandai cakap aku 'berehat sementara' dari industri? Aku sakit pun datang set macam biasa, tak pernah minta cuti kecuali kalau kena masuk wad," tulisnya di Instagram Story.
Bebas tanpa sebarang kontroversi barangkali menjadi faktor graf kerjaya lakonannya dilihat sedikit tenggelam.
Perkara terbabit turut diakui Fadlan yang mengakui dirinya tiada kontroversi panas untuk diperkatakan.
"Mungkin salah satu faktor ada pihak mengatakan saya berehat sementara sebab saya tiada kontroversi hingga saya didakwa sudah hilang dari radar.
"Saya seboleh mungkin nak elakkan diri dari sebarang kontroversi. Bukan apa, saya tidak mahu cerita buruk mengenai saya mendapat perhatian. Boleh jadi kontroversi yang berlaku tidak betul," katanya.
Dalam perkembangan lain, Fadlan berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran telefilem berjudul Live Dari Kafe Kona untuk siaran TV3.
"Alhamdulillah saya masih diberi kepercayaan dan peluang untuk berlakon. Sekarang ini pun saya sedang sibuk dengan penggambaran telefilem Live Dari Kafe Kona di samping pelakon Nazim Othman dan Shiha.
"Selain itu saya sedang menanti tarikh tayangan drama bersiri berjudul Wifi Sebelah Rumah yang turut dibintangi Zul Ariffin dan Ruhainies," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sakit mental? Dia sakit ape? |
|
|
|
|
|
|
|
Baru je kuar drama tv3 ngan fasha sandha kan. Tapi bape episod je dah mati wataknya. |
|
|
|
|
|
|
|
panjang2 cerita, point utama dia dalam 3 perenggan terakhir sajoorr
Dalam perkembangan lain, Fadlan berkata, dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran telefilem berjudul Live Dari Kafe Kona untuk siaran TV3.
"Alhamdulillah saya masih diberi kepercayaan dan peluang untuk berlakon. Sekarang ini pun saya sedang sibuk dengan penggambaran telefilem Live Dari Kafe Kona di samping pelakon Nazim Othman dan Shiha.
"Selain itu saya sedang menanti tarikh tayangan drama bersiri berjudul Wifi Sebelah Rumah yang turut dibintangi Zul Ariffin dan Ruhainies," katanya.
iklan ya anak-anak |
|
|
|
|
|
|
|
Tak melekat la nama heols ni. Muka heols iols cam. |
|
|
|
|
|
|
|
citer lama tu. ditayang balik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi nampak sedapppp heolsss ni mesti senak.hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
sayangggg rupa ada tapi x boleh pi jauh.. berlakon pn x kayu..semcm bercelaru dgn diri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hot betul dia ni tapi jarang dapat lead actor. Selalu second lead je. |
|
|
|
|
|
|
|
Die dh break up ke dgn awek die co owner kulet tu? |
|
|
|
|
|
|
|
aktor bertubuh sedap tapi sendoo..seddihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lavendernovella at 2-3-2021 12:02 PM
Dia ni punya wajah perfect utk drama tv. Bayangkan
dengan skrip power, kalau guna lighting yang betul macam profile lighting utk Damon Salvatore dalam Vampire Diary dan scene yg betul2 adequate utk dia.. meletup beb.
Malangnya iol perati hampir takder guna shot dekat, yg betul2 boleh capture wajah dia sampai penonton terbuai. Rugi jer mata besar cantik cam ni tak di exploit betul2 (in a good way lah). |
|
|
|
|
|
|
|
Actor Fadlan Hazim seeks treatment for childhood abuse
By KENNETH CHAW
Thursday, 09 Jul 2020
2:00 PM MYT
"I was a victim of abuse as a child and it has had a negative effect on my emotions since," the TV star says. Photo: Instagram (@fadlanhazim)
Actor Fadlan Hazim opened up about his mental health struggles for the first time on July 7 to his fans on Instagram.
"I've been hiding my mental disorder and (I've avoided seeking) professional help since my teenage years, I thought I'm doing okay, how stupid of me! Now it's time," he posted.
Fadlan, 28, later told Berita Harian he suffered abuse as a child and is still feeling the effects of it as an adult:
"I was a victim of abuse as a child and it has had a negative effect on my emotions since... I'm still haunted by the past to this day.
"There are times where I would act aggressively and there are other times where I would rather keep to myself."
Fadlan, who gained popularity on romance dramas like Cinta Si Wedding Planner, says he has been using acting as a way to escape from his inner turmoil.
"When I'm working, I can put those negative emotions out of my mind. But when filming ends, those thoughts would return again."
The Sangkar star says he finally decided to seek treatment as his unresolved past is starting to affect his work.
"I've left it untreated for so long I can feel myself getting worse and it has nearly affected my acting career.
"It's time I got professional help."
|
|
|
|
|
|
|
|
cicicumel replied at 2-3-2021 11:49 AM
aktor bertubuh sedap tapi sendoo..seddihhhh
Mohon heshe lepaskan bebird utk lebih popular |
|
|
|
|
|
|
| |
|