CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2496|Reply: 7

Kuasa ALLAH, Walau Jarak Kurang 4km, Jurang Masa Antara Pulau Big Diomede Dan Li

[Copy link]
Post time 3-3-2021 12:36 PM | Show all posts |Read mode





HANYA terletak bersebelahan dan jarak tidak sampai 4 kilometer, dua pulau ini mempunyai zon waktu yang besar.


Bukan tiga, lima atau 12 jam, tetapi 23 jam!


Jurang waktu yang sangat ketara itu membuatkan keunikan Pulau Big Diomede dan Little Diomede yang terletak di sempadan Rusia-Amerika Syarikat menjadi trending dalam media sosial.







Jika dilihat, kepulauan berbatu yang dipisahkan oleh Lautan Pasifik itu menghubungkan penghuninya hanya dengan jambatan ais yang terbina ketika musim sejuk.


Apa yang lebih menarik, pengunjung boleh merentasi kepulauan dan melalui zon masa yang berbeza, tak ubah seperti terowong masa untuk kembali ke zaman hadapan atau sebaliknya.







Keunikan kepulauan itu kembali tular selepas video pendek yang dikongsikan pengguna aplikasi Tiktok menarik perhatian warganet seluruh dunia.


Rakaman video berkenaan membuatkan ramai takjub dengan kewujudan kepulauan yang dipisahkan oleh Garis Tarikh Antarabangsa dan tidak berkongsi hari yang sama.


Senang cakap, seseorang boleh merentas sempadan Rusia atau Amerika Syarikat itu hanya dengan berkayak mahupun berenang. Menarik bukan?


Bagi yang tertanya-tanya mengenai siapakah penghuni pulau batu tersebut? Difahamkan, masih terdapat penduduk asal yang menetap di Little Diomede, manakala Big Diomede menjadi markas tentera.







Menurut amusingplanet.com, Big Diomede mencatat masa lebih awal sehingga diberikan jolokan pulau semalam, manakala Little Diomede dipanggil pulau esok.


Kepulauan Diomede yang terletak di tengah-tengah Selat Bering antara daratan utama Alaska dan Siberia itu menjadi sempadan antarabangsa kedua negara berpengaruh tersebut.


Jika diselidik sejarah pulau-pulau tersebut, kepulauan itu dinamakan sempena tokoh Saint Diomede dan ditemui oleh seorang pelayar warga Denmark-Rusia, Vitus Bering pada 16 Ogos 1728.







Dari segi struktur geografinya, kedua-dua pulau tersebut mempunyai puncak yang rata, sisi curam dan sangat terpencil selain terdedah dengan risiko laut bergelora.


Untuk pengetahuan pembaca SinarPlus, pada asalnya kepulauan itu didiami puak Yupik Eskimo sejak 3,000 tahun terdahulu dan dikatakan orang Eropah pertama yang menjejakkan kaki ialah Semyon Dezhnyov pada tahun 1648.


Pada tahun 1867, Amerika Syarikat membeli Alaska termasuk Little Diomede sekali gus mewujudkan sempadan baharu antara kepulauan tersebut.


Menarik bukan? Untuk informasi, sebenarnya untuk melepasi sempadan Selat Bering itu tidak dibenarkan secara sah dan dikatakan boleh direntasi melalui jambatan ais, berkayak mahupun berenang, namun itu dikatakan hanya teori semata-mata.






Sumber : sinarplus

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2021 01:52 PM | Show all posts
wow menarik.. bayangkan jalan sebelah siang sebelah malam..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2021 05:13 PM | Show all posts
Menarik infonya
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2021 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Great info,
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama sbb perbezaan time zone
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2021 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
SubahaanAllah...Dia sebaik2 pencipta alam dan maha pencipta
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 03:07 PM | Show all posts
wowwwwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.279705 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list