View: 2743|Reply: 15
|
Satu Keluarga Dihalau Kampung Kerana Tonton Filem Lucah
[Copy link]
|
|
Sebuah keluarga di daerah Sinujiu di Korea Utara dilaporkan dihalau dari kampung selepas anak lelaki mereka ditangkap menonton filem lucah.
Daily NK melaporkan, remaja terbabit dikesan menonton filem berkenaan pada waktu malam bagi mengelak dikesan oleh ahli keluarganya.
Gambar hiasan
Namun, anggota keselamatan yang ditugaskan menjalankan pemantauan mengesan aktiviti mencurigakan itu.
Remaja lelaki itu kemudian ditahan dan dia didapati bersalah.
Sebagai hukuman, remaja itu bersama ahli keluarganya diusir dari kampung berkenaan.
Namun, bagi penduduk di bandar, hukuman dikenakan itu dianggap terlalu berat kerana keluarga yang diusir akan hilang mata pencarian.
Malah, mereka juga sukar untuk mendapatkan tempat tinggal kerana sumber kewangan yang terhad.
Bukan itu saja, mereka yang didapati bersalah juga akan dianggap sebagai penjenayah oleh masyarakat setempat.
Di Korea Utara, rakyatnya diingatkan supaya tidak menyimpan material hiburan seperti muzik dan filem dari Korea Selatan.
Negara berkenaan mengawal ketat kemasukan maklumat untuk rakyatnya, malah akses internet juga terhad kepada golongan tertentu saja.
Dalam pada itu, Korea Utara secara rasmi melaporkan negara itu masih tidak merekodkan kes positif Covid-19.
Ia selepas pihak berkuasanya menutup sempadan negara itu dengan China sejak penularan virus itu.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Overnya!
Xpernah xover NK ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kira mcm pencegah maksiat la ni..pgi intai org tgk citer ape mlm2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kena halau tu nk duduk mana?....
nasib baik satu family tak kena tembak....
memang le xde covid.....demam demam...batuk batuk mcm ada symptom covid je...tembak.... |
|
|
|
|
|
|
|
kat malaysia ramai yg kaki porno
baik lelaki perempuan dan gay2 pondan2 pedo semuanya suka pornografi
ikut lah sngt perangai etis |
|
|
|
|
|
|
|
Puberty hormon tak stabil |
|
|
|
|
|
|
|
Moga korea utara bebas dari pimpinan Dictator satu hari nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
rajamoney replied at 3-3-2021 02:23 PM
kat malaysia ramai yg kaki porno
baik lelaki perempuan dan gay2 pondan2 pedo semuanya suka pornog ...
Kau ni sesuai duduk bawah Komunis UMNO
|
|
|
|
|
|
|
|
takkan nk duduk bawah calabai cam yg kat atas ni lak |
|
|
|
|
|
|
|
Dah Korea Utara kan tak pernah tak tegas tindakannya |
|
|
|
|
|
|
|
Kat sini,jab agama buat operasi cegah maksiat pun kena kecam.kununnya ganggu hak asasi. |
|
|
|
|
|
|
|
entahlah. korea selatan diorang maju dengan asbab zaman dulu diorang tangkap penduduk setinggan/ miskin/ homeless, letak dalam satu kem/ penempatan, paksa diorang jadi buruh binaan (bangunkan bandar2 moden eg: gangnam) tanpa bayar gaji. |
|
|
|
|
|
|
|
kot je pun hukum je la anak lelaki tu je |
|
|
|
|
|
|
|
eh melampaunya.... yg mengkantoikan budak tu kompom penjilat tegar |
|
|
|
|
|
|
|
Nk ni sampai bila ko nak seal negara ko dari dunia luar.. dulu sebelum soviet union jatuh leh ler ada geng.. sekarang harapkan china je... |
|
|
|
|
|
|
| |
|