Bintang ragbi, Israel Folau pernah terpalit kontroversi kerana didakwa membuat komen bersifat penghinaan terhadap golongan gay pada 2019.
Pada 2020, telefon milik atlet itu dihujani foto lucah pasangan sejenis selepas dia menyertai grup WhatsApp pasukan Catalans, sejurus mengikat kontrak 12 bulan dengan pasukan itu.
Kredit foto: The New Daily
Dikhabarkan, foto-foto itu dihantar rakan sepasukannya sendiri selepas dia menyertai grup WhatsApp berkenaan, lapor Daily Star.
Biarpun disambut dengan cara sebegitu, Folau berjaya menyesuaikan diri sehingga mengikat kontrak baharu pada Jun tahun lalu.
Untuk rekod, kontrak Folau dengan pasukan Ragbi Australia ditamatkan pada 2019 selepas dia membuat posting dengan berkata neraka sedang menanti golongan gay.
Sumber: mStar |