"Untuk orang dalam industri perfileman, dapat peluang audition luar negara satu achievement. This is the chance. Only small mistake that tak semua best friend akan celebrate with me. I got condemn here and then."
Aktres yang pernah menggemparkan negara dengan berita sensasinya menolak tawaran berlakon filem Marvel, Raya Ilya tampil untuk memperbetulkan tanggapan ramai orang terhadapnya.
Setelah menceritakan kepada rakannya dengan niat untuk berkongsi momen istimewa, namun sebaliknya pula berlaku apabila cerita uji bakat tersebut menjadi tular ke pihak media dan media sosial membuatkan dia mendapat tohmahan sebagai penipu dan mereka-reka cerita.
"Tahun 2018 memang banyak memori. Sesetengah blogger maklaun yang nak viewers and bagi false news tak tanya statement and pakai tulis je. Sebenarnya sebelum Marvel, Illya pernah hantar audition tape untuk siri Star Wars episod 9 dan Jurassic World tapi tak dapat respon."
Menurut Ilya lagi, tawaran Marvel tersebut terpaksa ditolak kerana beberapa perkara.
Foto : IG
Kemudiannya, Ilya juga terpaksa menolak tawaran berlakon dalam sebuah karya terbitan platform Netflix kerana memerlukan dirinya tampil berbogel.
"Watak tersebut memerlukan saya berbogel dan duduk di dalam inkubator. Tawaran yang diberi sangat lumayan dan diterbitkan oleh syarikat produksi yang besar."
Foto : IG
Namun bagi pelakon yang kini menetap di Perth, Australia itu, dia tidak boleh melakukan babak seksual, jadi tawaran itu pun terpaksa ditolak.
Oleh itu, Illya mengakui sudah serik untuk terlalu terbuka berkongsi kepada umum tentang perkara yang belum tentu berlaku.
"Saya belajar dari pengalaman lalu untuk diam dan tidak akan bercerita apa jua aktiviti uji bakat yang saya lakukan di sini."
Foto : IG
Dengan bukti-bukti yang dilampirkan, jadi betul lah dakwaan Raja Ilya, walaupun terpaksa mengambil masa selama dua tahun untuk mempertahankan dirinya. - CARI
|