"Orang Malaysia ni rajin sangat bertunggu tangga di Youtube ke Tik Tok, pantang cerita pasal Malaysia, mula lah puji melambung orang putih, Filipino, Korea. Easy money kan."
Tanpa menafikan kita mempunyai kapasiti penduduk Malaysia lebih kurang 32 juta sahaja berbanding negara jiran yang lebih ramai, akan tetapi semangat nasionalisme kita berada di tahap tertinggi membuatkan ramai orang luar negara suka mengaitkan media sosial mereka dengan Malaysia.
Terbaharu, YouTuber Amerika Syarikat (AS) pula membuat ulasan mengenai kereta nasional negara, Proton X70. Hal ini lah yang dikesalkan segelintir rakyat Malaysia kerana kereta tersebut tidak memasuki pun pasaran sana, jadi kenapa pula sibuk-sibuk?
Foto :Twitter & Youtube
Walhal jika dilihat saluran Youtube AS tersebut, hanya video yang membabitkan Malaysia sahaja tinggi tontonanya, tetapi video lain tidak mendapat sambutan.
"Korang tengok channel tu, jenis video yang dapat ribu views mesti ada perkataan "Malaysia" dan "Vietnam". Lain-lain sendu. Lepas tu lari fokus. Kejap view kereta, kejap view sambal sotong."
Foto : Youtube
Hal ini adalah rentetan daripada Youtuber luar negara yang mendapat jumlah pengikut dan tontonan tertinggi apabila membuat kisah mengenai produk Malaysia.
Antaranya ialah Blimey dari Korea mengenai gaya hidup dan juga Nephi Acaling dari Filipina yang memuji bintang nombor satu negara, Siti Nurhaliza sehingga mendapat jemputan ke rumah Siti. Semuanya kerana jasa-jasa warganet yang memuji mereka melambung-lambung.
Hal ini turut dipersetujui oleh warganet bahawa ramai dari kita yang sangat bangga apabila nama Malaysia disebut-sebut walaupun ianya hanyalah sekadar material sahaja.
Foto : Twitter
Jadi, adakah anda antara yang mempopularkan golongan YouTuber oversea ini? - CARI
|