Dalam diam-diam, selebriti Yatt Hamzah mengandung lagi.
Selepas 'baby bump' kelihatan, akhirnya Yatt membuat pengumuman di laman Instagramnya bahawa dia telah mengandung selama lima bulan dan ini adalah kehamilannya yang keenam. Lebih membuatkan teruja, kerana dia mengandung di usianya ke 40 tahun.
Foto G
Bagi Yatt, kehamilannya ini walau sudah berada di era 40an, namun tetap bersyukur kerana kesihatannya masih baik dan cergas. Selain itu, Yatt turut redha dengan jantina bayi yang akan dijangka akan lahir pada Julai nanti.
"Rasanya baby girl lagi ke atau boy kali ni? Apapun Allah bagi bonda OK je Alhamdulillah.. Tak tahulah abahnya."
Foto G
Di ruangan komen, netizen mengucapkan tahniah kepada Yatt dan suami kerana dikurniakan rezeki cahayamata.
Foto G
Terdahulu, Yatt yang pernah menjadi pengacara, pelakon dan model ini mengalami keguguran pada September tahun lalu akibat keracunan makanan.
Foto G
Yatt menerusi perkahwinan keduanya ini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia setahun. Sebelum ini, Yatt turut mempunyai seorang anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinan pertamanya. - CARI
|