Ketika dunia sedang meraikan sambutan Hari Wanita, negara kita digemparkan dengan 2 kejadian kejam dalam tempoh seminggu.
Terdahulu, Hasliza Alias, ibu 2 anak mati ditembak suaminya ketika sedang nyenyak tidur di bilik tidur rumah mereka sendiri. Setakat ini, polis menyifatkan motif pembunuhan berkaitan dengan permohonan fasakh isteri terhadap suaminya.
Kredit foto: Mayat mangsa ditemukan di dalam tong air biru di kawasan ladang serai di Bandar Penawar, Johor - Sinar Harian
Peristiwa tragis ini turut mendapat perhatian penceramah terkenal Ustazah
Terbaharu, kita dikejutkan pula dengan pembunuhan seorang wanita, Nik Khatijah Nik Mud yang didakwa hilang sebelum keretanya ditemui ditempat meletak kenderaan sebuah pasaraya di Kajang.
Kredit foto: Facebook Info Roadblock
Pihak polis menjumpai mangsa di rumahnya dalam keadaan tidak bernyawa dengan kesan leher dijerut. Polis masih belum menemukan punca wanita tersebut dibunuh.
Tinjauan di media sosial, rata-rata wargamaya berasa sedih dengan kejadian yang berlaku ini.
Dalam keadaan sambutan Hari Wanita sedang diraikan ternyata berita ini menjadikan sambutan khusus buat pengorbanan kaum hawa itu seolah tidak bermakna.
Pada masa yang sama, negara juga berdepan dengan peningkatan jenayah rumahtangga bermula PKP Mac lalu, mungkin asbab terkesan dengan beban ekonomi yang semakin teruk berpunca dari pandemik Covid-19.
Nampaknya perkara ini semakin hari menjadi parah dengan tragedi sedemikian seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat.
|