View: 8955|Reply: 67
|
Syifa Melvin Enggan Terburu-Buru Kahwin, Kewangan Jadi Punca
[Copy link]
|
|
Sama seperti wanita lain, pelakon jelita ini tidak berselindung dirinya turut mempunyai impian untuk berkahwin.
Malah pada usia 27 tahun, Syifa Melvin mengharapkan sinar untuk memulakan sebuah keluarga.
Namun, melihat tanggungjawab yang perlu digalas sebagai anak serta ahli perniagaan jenama Kekasih, Syifa enggan terburu-buru.
Secara jujur memberitahu, kewangan adalah punca dia enggan fokus terhadap percintaan, namun yakin ini adalah keputusan yang tepat.
Foto: IG
"Ramai yang beranggapan kehidupan selepas berkahwin ini mudah, sebaliknya banyak komitmen yang perlu diambil kira dan diperhalusi.
"Ketika ini fokus saya adalah untuk membantu keluarga dahulu. Saya mahu membahagiakan ibu bapa serta menguruskan perniagaan Kekasih sebaik mungkin.
"Rasanya buat masa ini bukan waktu yang sesuai untuk saya memberi sepenuh tumpuan terhadap cinta," katanya.
Menurut Syifa, dia mempunyai pelbagai impian yang ingin dibuat sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.
"Selain ingin membahagiakan keluarga, saya ada impian yang ingin dibuat seperti mempunyai aset yang kukuh serta membeli segala keinginan diri yang belum lagi tercapai.
"Insya-Allah kalau sudah sampai jodoh saya akan kongsikan kepada semua. Lagipun berita perkahwinan ini adalah sesuatu yang perlu dikongsikan. Doakan semoga jodoh saya hadir dengan insan yang tepat. Saya tak nak lagi ulas soal teman lelaki atau jodoh," katanya.
Ditanya mengenai status hubungannya dengan bintang bola sepak kebangsaan Safawi Rasid, Syifa enggan membuka mulut.
"Maaf saya enggan komen perkara itu. Biar saya simpan sendiri saja. Dalam soal ini, saya perlu kumpul kekuatan untuk kongsikan kepada semua," katanya.
Bercerita mengenai karier sebagai pelakon dan pengacara yang dibina hampir lima tahun, Syifa berkata, walaupun dia jarang dilihat di kaca televisyen, perkara itu tidak memberi tekanan kepadanya.
Sebaliknya dia menggunakan setiap peluang dalam bidang hiburan sebagai platform untuk dirinya.
"Jujur, bidang ini bukan keutamaan saya sebaliknya gunakan peluang ini sebagai platform untuk bergiat aktif dalam perniagaan.
"Saya juga akui tidak terlalu aktif dalam bidang lakonan kerana saya akan berlakon mengikut 'mood'. Tawaran sentiasa ada cuma saya yang tiada masa untuk memberikan sepenuh komitmen di set penggambaran kerana fokus saya lebih kepada perniagaan.
"Apapun biar masa menentukan. Kalau ada rezeki pada waktu yang saya boleh buat, saya okay saja," katanya.
Siapa sangka, Syifa bersama tiga lagi adik-beradiknya boleh dikatakan berjaya dalam perniagaan apabila sudah membantu ramai orang terutama ibu tunggal dan suri rumah.
"Apa yang membuatkan saya rasa puas terbabit dalam perniagaan adalah dapat menolong ramai orang. Saya dapat bantu orang susah, asnaf, stokis dan 'leader' yang tidak pernah mendapat pendapatan yang tinggi, tapi kini jualan mereka mencecah ratusan serta jutaan ringgit.
"Ada suri rumah yang tidak sedar mereka mampu menjana pendapatan yang lumayan, sekali gus membuka mata untuk terus bergiat aktif dalam bidang perniagaan," katanya.
Menurut Syifa, penularan Covid-19 tidak menjejaskan perniagaannya malah ramai yang ingin turut serta menjana pendapatan.
"Alhamdulillah jika kita niat baik untuk berkongsi rezeki dengan orang lain pasti Allah permudahkan," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada ke rakyat Malaysia yang pedulik? |
|
|
|
|
|
|
|
Xperlu kot nk mekap mcm ular |
|
|
|
|
|
|
|
Ni bukan gosip la palat!!!!!
Benda2 lagha mcm ni tak payah bagitau pun takpe la ngok. Macam penting sgt pompuan ni utk masyarakat sampai semua benda dari dia nak kena bukak benang.
Ritu dah ada pasal product dorang yg sampah tapi claim formula terbaik lagi palat, dah la salah benang, hari ni benang dia lagi. tak bosan ke hidup kau jadi orang yg paling bodoh demi nak capai kpi? Sesuailah disampahkan je korang ni.
Kau baca benang kan shipa muka tua? Sebab kau boleh bagi kenyataan ni, sebab aku ada mention pasal kau cari laki kaya kan? Aku bukan cakap kau sorang, tapi adik beradik kau yg sama2 sangkak tu. Memang kau tu bukan berduit sgt, tu yg kau cari laki berduit utk menampung hidup kau yg tak gah tu. Lepas tu kau hina golongan b40. Padahal hidup kau lebih hina dari dorang.
Muka tua disebabkan hati kau yg busuk tum layak diludah je korang adik beradik.
Puihhhhh puihhh puihhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh dekat muka kau yg tua tu |
|
|
|
|
|
|
|
buruknya mekap ngan kaler contact lense
muka kalo stok2 basic nusantara je,rentikanlah pakai lense kaler biru or hijau yg acah2 kokesen
geli tauuu |
|
|
|
|
|
|
|
Napa ya hati ni benci sangat tengok syifa and adk beradik nya |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni kalau tak mekap hauk betol. Makcik jual nasi cmpur kt taman iols lg lawa |
|
|
|
|
|
|
|
SayaSayangMama replied at 12-3-2021 08:58 AM
Xperlu kot nk mekap mcm ular
Tergelak2 i ketawa baca komen ni ular umur 40 |
|
|
|
|
|
|
|
betul la apa dia kata tu...
korang tengok la muka dia pun tua sebelum usia kata kurex...
kalau kahwin cepat2 tak pasal2 nanti dah rupa macam nenek atau wanita 50an |
|
|
|
|
|
|
|
nape enggan komen berkenaan hubungan dgn sapik? udah berantakan ke.. perlu kekuatan bagai untuk kongsikan pada semua konon
aku saspek dia ni dah kena tinggal dengan sapik |
|
|
|
|
|
|
|
Lerr.... Baru 27 ke? Awat macam 47 tahun je muka ko... Muka kakyung lagi babyface dari ko noksss |
|
|
|
|
|
|
|
black_handbag replied at 12-3-2021 10:13 AM
nape enggan komen berkenaan hubungan dgn sapik? udah berantakan ke.. perlu kekuatan bagai untuk kong ...
Standard jwpn kalau kapel kna clash.bebudak sgt,umur n muke da tua tp jiwa bbnu.ksian |
|
|
|
|
|
|
|
Serabut nya dgn lambakan tibaunta skang..sibuk nk jd retis sbb nk berniaga nk kaya cepat..iols benci..titik |
|
|
|
|
|
|
|
Meh la Beni komen yg murni2
Bagus dek...muda lagi. fokus berniaga dulu, senangkan mak ayah dulu, kurangkan cite pasal boypren ni
ada jodoh nanti kawen la |
|
|
|
|
|
|
|
Makeup ngn contact lens biru tu nmpk sgt muka Bibik indon. Buruk |
|
|
|
|
|
|
|
black_handbag replied at 12-3-2021 10:13 AM
nape enggan komen berkenaan hubungan dgn sapik? udah berantakan ke.. perlu kekuatan bagai untuk kong ...
Sapiqq mana lak ni, bukan dgn sapawii ke. Xkan sapiq rahim lak |
|
|
|
|
|
|
| |
|