Zara Zya menegaskan dirinya tidak akan menyalahkan ilmu hitam sepenuhnya jika restoran diusahakannya terjejas. Setiap perniagaan ada pasang surut, katanya.
Kredit foto: IG
Memetik Kosmo!, pelakon itu berkata, ada banyak faktor menyebabkan restorannya di Shah Alam terpaksa ditutup buat sementara waktu.
"Banyak faktor yang menyumbang kepada keputusan saya untuk menutup kedai sementara waktu. Bukan kerana sihir semata-mata, sebaliknya keadaan semasa negara yang berdepan pandemik turut memainkan peranan.
"Restoran Zara Zya Cooks berdekatan dewan untuk majlis dan acara, namun terpaksa ditutup bagi mencegah virus Covid-19. Secara tidak langsung memberi kesan kepada restoran saya juga.
"Saya tidak pernah membuat keputusan menutup terus restoran, sebaliknya menggunakan perkataan 'sementara waktu' kerana peminat dan orang ramai sering bertanya terutama dalam media sosial," katanya.
Kredit foto: IG
Bagaimanapun, Zara tidak akan patah semangat untuk meneruskan bisnes.Malah, dia kini dalam usaha mencari lokasi baru yang lebih strategik.
Zara sebelum ini menerusi Melodi mendedahkan terpaksa menutup restoran diusahakan bersama teman lelakinya itu kerana dipercayai disihir. - CARI
|