View: 1946|Reply: 12
|
Tikam Kawan Sampai Mati, Potong Dagingnya Dan Beri Makan Kepada Kucing
[Copy link]
|
|
Almaty: Gara-gara mabuk, seorang lelaki di Kazakhstan bertindak di luar kawalan dengan menikam rakannya hingga mati sebelum memotong anggota badan mangsa.
Lebih mengerikan apabila dia memberi makan daging mangsa kepada kucing liar.
Daily Star melaporkan suspek, Arman, 33, disyaki melakukan perbuatan itu pada 2 Mac lalu selepas mengundang mangsa, Daniyar ke rumahnya untuk berparti.
Foto: Agensi
Difahamkan, suspek dan mangsa sempat minum alkohol bersama-sama sebelum mereka bertengkar.
Suspek yang hilang kawalan terus mengambil pisau di dapur sebelum menikam rakannya hingga mati.
Tidak cukup dengan itu, suspek turut mengerat anggota badan rakannya dan memberi daging itu kepada kucing liar.
Tindakan itu dipercayai bagi menghapuskan bukti.
Namun, jirannya, Dmitriy Postnikov ternampak titisan darah dan potongan daging di balkoni rumah Arman.
"Arman memberi daging Daniyar kepada kucing bagi menutup kejahatannya," kata Postnikov.
Seorang lagi saksi yang tidak didedahkan namanya mendakwa melihat suspek melemparkan daging itu keluar rumah untuk dimakan haiwan berkenaan.
Jurucakap polis, Bakhytzhan Kudiyarov berkata, pihaknya sudah menerima laporan dan menahan suspek untuk siasatan.
"Suspek mengaku membunuh rakannya semasa bertengkar ketika parti berkenaan," katanya.
Siasatan lanjut dijalankan dan Arman boleh berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Gile pengakhiran hidupnya |
|
|
|
|
|
|
|
"Suspek mengaku membunuh rakannya semasa bertengkar ketika parti berkenaan," katanya.
Siasatan lanjut dijalankan dan Arman boleh berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.
Serius ah hukuman dia penjara maksimum 15 tahun je?
|
|
|
|
|
|
|
|
nama tempat pon Almaty. mati itu pasti. tapi mengerikan sgt |
|
|
|
|
|
|
|
ngerinya. makin btmbah mnusia yg btukar jd ganas ruthless kejam gila mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Nak pula kucing liar makan? Selalu bau daging lain sikit je kucing taknak. |
|
|
|
|
|
|
|
kerana mabuk..apa pun mana peduli dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
missbigrockstar: Nak pula kucing liar makan? Selalu bau daging lain sikit je kucing taknak.
itulah. takut pulak ngan kucing kalau manusia pon makan |
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam filem dah serammmm, btw Sesiapa tahu tak mcm mana nak tukar nickname dekat forum ni, tq? |
|
|
|
|
|
|
| |
|