CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1210|Reply: 4

Kejam! Anjing Liar Mati Dipanah Di Kedah Bikin Ramai Marah

[Copy link]
Post time 15-3-2021 08:58 AM | Show all posts |Read mode
Gambar dan video seekor anjing liar mati dipanah seorang lelaki di Alor Setar, Kedah menjadi viral di media sosial sekaligus menimbulkan kemarahan ramai.


Pertubuhan Pasukan Tindakan Haiwan (AAT) dalam satu kenyataan berkata, adalah tidak sewajarnya anjing-anjing liar ditangani dengan menggunakan senjata berbahaya.


Pertubuhan itu dalam masa yang sama menggesa pihak berkuasa mengesan lelaki berkenaan dan mengambil tindakan di atas perbuatan kejamnya.


Foto: mStar




"Isu haiwan liar yang berkeliaran harus ditangani oleh pihak berkuasa tempatan dan mengikut undang-undang yang ditetapkan," demikian menurut AAT dalam satu kenyataan.


AAT juga berkata pelaku boleh didakwa di bawah Akta Senjata 1960, Akta Kebajikan Haiwan 2015 atau undang-undang lain yang bersesuaian.


Terdahulu tular gambar dan video rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV), menunjukkan seorang lelaki membunuh anjing itu dengan menggunakan busur panah.


Kejadian tersebut berlaku di Lorong 3, Seberang Jalan Putra di Alor Setar, Kedah, dipercayai pada 11 Mac lalu.


Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. -CARI


Sumber: mStar Online/ THE STAR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2021 09:21 AM | Show all posts
Thread dah ade kot.
Perlu ke bukak lg

thread satu lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 10:24 AM | Show all posts
balas balik... penggal kucing
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 11:29 AM | Show all posts
teringat lobai syed dog he wanna touch a dog

terkinja kinja mcm ______________________

isi sndiri la

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 11:43 AM | Show all posts
aku rasa cam aku faham ala perasaan laki yg bunuh anjing ni
aku boleh kata tetiap hari maki hamun nk bunuh anjing liar ktrumah aku ni

repost MBSA harammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
bukan sekali report
aku dh berkali kali report
laki aku lg la setiap kalo bengang ngn anjing tiap kali tu la call MBSA buat report
tapi haraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm mana ada tindakan apa2 dari diorang
kena ada ramai yg report la apa la mcm2 alasan

smlm balik rumah anjing tengah melepak kt porch 3 ekoq
rak kasut terbalik
kasut kerja aku hilang sebelah digonggong anjing

pagi td dah satu hal kena cuci porch sbb berbau anjing plus xyakin la  nak kuar rumah kalo dh anjing melepak kt porch tu

btw umah aku umah sewa lot..xde gate tu anjing senang lepak kt porch..

boleh sapa2 bagi cadangan mcm mana aku nk selesaikan isu anjing liar ni?


berapa juta kali aku kena call MBSA baru akan amik tindakan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
KUKU787bhatt ji
Views : 404 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 505 Replies : 0
bhatt ji
akkuwtw45bhatt ji
Views : 707 Replies : 0
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 7334 Replies : 36
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20227 Replies : 20
Himpunan kisah seram dari Twitter - Latest: Mangsa kemalangan muncul dalam gambar?
stania83Himpunan kisah seram dari Twitter - Late
Views : 342290 Replies : 80
Apa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
borneApa Pelaris Yang Dia Pakai? (Siri 1)
Views : 1310 Replies : 1
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1125774 Replies : 796
KOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus Ketika Tidur
salivKOLEKSI VIDEO: Diperkosa Makhluk Halus K
Views : 33639 Replies : 4
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 03:16 AM GMT+8 , Processed in 0.207383 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list