View: 3780|Reply: 2
|
Bangunan Terbengkalai Kini Menjadi Kafe Dan Lokasi OOTD Di Chiang Mai
[Copy link]
|
|
Bangunan Terbengkalai Kini Menjadi Kafe Dan Lokasi OOTD Di Chiang Mai
Ramai yang cakap, kalau duduk kat Chiang Mai, Thailand, korang akan ada satu kafe baru untuk korang melawat setiap minggu. Kafe yang aku nak kongsikan ini sangat unik sebab kalau tengok dari jauh nampak macam bangunan terbengkalai.
Tak salah, sebab kafe The Rectangle Coffee x Tower ini memang dibina pada sebuah bangunan 6 tingkat yang terbengkalai, tetapi sekarang menjadi antara lokasi tumpuan untuk mereka yang gemar nak ambil gambar ootd yang estetik. Walaupun kafe ini dibina pada sebuah bangunan yang terbengkalai, ianya diberikan reka bentuk luaran dan dalaman yang moden, berkonsepkan industrial. Deko keseluruhan kafe ini sangat minimalis dan simple.
Apa yang lebih menarik lagi tentang The Rectangle Coffee x Tower ini adalah ketinggian struktur bangunan tersebut yang memberikan pemandangan panorama Gunung Chiang Mai yang sangat cantik, sesuai untuk mereka yang nak datang pada waktu petang, minum teh panas sambil tengok matahari terbenam.
Aku rasa The Rectangle Coffee x Tower telah berjaya mencara cara yang paling unik untuk menonjol berbanding pesaing-pesaing mereka di Chiang Mai. Bukan tempat sahaja cantik, makanan dan kopi yang dorang sediakan pon memang sedap-sedap belaka.
Aku rasa korang boleh add The Rectangle Coffee x Tower ini dalam list korang kalau pergi jalan-jalan di Thailand nanti.
Sumber : https://rileklah.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Owh rindu Chiang Mai n Chiang Rai |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|