CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1089|Reply: 2

Cadang Syarat Kahwin Bawah Umur Diperketat, Bukan Diharamkan

[Copy link]
Post time 17-3-2021 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Peguam syarie mencadangkan agar perkahwinan bawah umur diperketatkan syaratnya, bukannya terus diharamkan.


Kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang kepada FMT, langkah mengetatkan syarat adalah supaya insiden perkahwinan bawah umur dapat dikurangkan kerana dibimbangi akan mendatangkan mudarat lebih besar sekiranya terus diharamkan.




Gambar hiasan




“Mengetatkan syarat dapat mengurangkan statistik perkahwinan bawah umur. Jika (kita) menutup terus ruang, dikhuatiri akan timbul risiko lain yang lebih besar mudaratnya.


“Contohnya, seorang lelaki mahu bertanggungjawab ke atas seorang gadis bawah umur yang mengandung.


“Jika mereka tidak dibenarkan berkahwin, akan bawa mudarat kepada kandungan. Namun, jika dibenarkan dengan syarat ketat, sekurang-kurangnya pihak lelaki sanggup bertanggungjawab,” kata beliau.


Musa berpendapat, perkahwinan bawah umur, khususnya bagi orang Islam, masih boleh dibenarkan dalam situasi khas dengan mengambil kira pelbagai aspek.


“Dengan mengambil kira aspek agama (Islam), latar belakang, pendidikan, keadaan sosio-ekonomi, keupayaan fizikal, mental, dan psikologi, pertimbangan hakim serta pemantauan oleh ibu bapa, perkahwinan bawah umur boleh dibenarkan dalam keadaan tertentu dengan kebenaran mahkamah,” kata beliau.


Beliau mengulas resolusi yang diluluskan Majlis Peguam yang menyeru agar kerajaan meluluskan undang-undang melarang perkahwinan bawah umur dan mengambil langkah meningkatkan usia minimum perkahwinan menjadi 18 tahun untuk semua.


Usul itu juga menyeru agar kerajaan menerapkan pendekatan pelbagai pihak berkepentingan dan mengambil langkah segera untuk mengatasi faktor pencetus yang membawa kepada perkahwinan bawah umur di negara ini, seperti kemiskinan, seks sebelum perkahwinan, kehamilan remaja, dan kurangnya akses kepada pendidikan.


Pada masa ini, orang bukan Islam perlu mendapatkan persetujuan menteri besar atau ketua menteri untuk berkahwin sekiranya pengantin perempuan berusia antara 16 dan 18 tahun, dan pengantin lelaki bawah usia 18 tahun.


Perkahwinan orang Islam ditadbir oleh undang-undang syariah negeri dan berbeza di setiap negeri.


Perkahwinan bawah umur menjadi perhatian tiga tahun lalu apabila seorang lelaki berusia 41 tahun di Gua Musang, Kelantan, mengahwini gadis berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya.




Sumber: FMT

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2021 10:35 AM | Show all posts
kt malaysia ni ramai yg tongong2

umur 17 kawin ngn 17 pun dia katanya pedo

gay2 pondan2 pedo kongsi tandas dngn bdk bawah umur mnggunakan tandas wanita bkn pedo

katanya inspirasi dan hak asasi luar tabii mereka

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 10:52 AM | Show all posts
Setuju dengan cadangan ni. Kawin ni satu amanah n tanggungjawab...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.136217 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list