Teruja dengan kelahiran bayi ketiga mereka, seorang suami secara tidak sengaja 'membuka aib' isteri sendiri kepada keluarganya.
Semuanya gara-gara tindakan lelaki berkenaan menghantar sekeping foto kepada keluarganya sebaik sahaja bayinya dilahirkan.
Kredit foto: TikTok/wenfreed
Tanpa disedari, celah kangkang isterinya terdedah di dalam foto tersebut dan secara tidak langsung menampakkan sedikit bahagian alat sulit.
Menerusi satu perkongsian video di TikTok, wanita bernama Wenfreed berkata, insiden lucu itu berlaku ketika suami menemaninya di bilik bersalin.
"Teringat ketika suami saya mengirim gambar kepada seluruh keluarganya sejurus selepas anak kami dilahirkan tanpa menyunting terlebih dahulu," tulisnya pada kapsyen video yang dipetik Daily Star.
Kredit foto: TikTok/wenfreed
Namun, dalam nada berseloroh Wenfreed berkata, berkemungkinan ia adalah cara untuk keluarganya 'benar-benar mengenal dirinya luar dan dalam'.
Nampaknya, Wenfeed bukan satu-satunya wanita yang mengalami insiden lucu sedemikian.
Pelayar di aplikasi berkenaan juga berkongsi kisah mereka yang hampir serupa di bahagian komen.
Sumber: mStar |