Neelofa bersyukur apabila Nabila dan Engku Emran selamat bernikah di sebuah majlis tertutup hari ini, Jumaat.
Kata selebriti jelita ini dia tak ada harapan lain selain berharap agar kebahagiaan Nabila dan Emran hingga ke akhir hayat.
"Hari ini amat membahagiakan buat kakak saya, Nabila. Saya gembira melihat Nabila bertemu jodoh dan berharap pasangan ini dikurniakan kebahagiaan sampai bila-bila.
"Doa dan harapan agar Nabila dan Engku Emran saling melengkapi. Semoga Allah SWT merahmati rumah tangga Nabila dan suami hingga nadi syurga," katanya kepada BH Online.
Foto: IG via Berita Harian
Sementara itu gambar-gambar yang tersebar menunjukkan Neelofa mengambil selfie dengan mempelai.
Apa yang menjadi perhatian adalah jarak antara mereka.
Foto: IG via Berita Harian
Amboi, rapat sangat dengan abang ipar sampai ada yang mempersoalkan halal gap antara mereka.
PU Riz tak marah ke? Bercakap tentang PU Riz, tak datang ke majlis Nabila? Tak nampak pun gambarnya di mana-mana? -CARI |