Seorang ibu didakwa meracuni anaknya dengan menyuntik najis ke dalam saluran intravena (IV) ketika kanak-kanak itu terbaring di katil hospital.
Daily Star melaporkan Mahkamah di New South Wales dimaklumkan, wanita itu meninggalkan anaknya yang demam di Hospital Kanak-Kanak Westmead.
Kredit foto: News Corp Australia
Sebelum itu, dia dikatakan dengan sengaja menyuntik cecair najis ke saluran darah anaknya itu yang ketika kejadian berusia sembilan tahun.
Mahkamah diberitahu, ada jururawat terdengar teriakan anaknya mempersoalkan mengapa ibunya meracuninya.
Seorang pakar penyakit darah berkata, terdapat benda asing yang hanya hidup di dalam usus ditemui di dalam darah.
Selepas diuji, darah anak lelakinya itu disahkan mengandungi e coli, bakteria yang menyebabkan penyakit di dalam perut, pendarahan dan muntah.
Bagaimanapun, ibu itu yang berusia 39 tahun menafikan tuduhan itu.
Peguamnya memaklumkan, bakteria itu ada di dalam perut kanak-kanak itu mungkin disebabkan pencemaran.
Sumber: Harian Metro |