View: 23330|Reply: 185
|
[Tempatan]
Struktur besi kren di tapak SUKE terjatuh, 2 maut. UPDATE #173, Operasi keluarka
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 24-3-2021 12:00 AM
Struktur besi kren terjatuh, 2 maut
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ren-terjatuh-2-maut
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mac 2021 @ 10:23 AM
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
[email protected]
Struktur besi kren yang terjatuh di Alam Damai, Cheras hari ini. Foto Ihsan pembaca
Kuala Lumpur: Struktur besi kren di tapak pembinaan laluan lebuh raya terjatuh dan menghempap sebuah kereta di Alam Damai, Cheras di sini, hari ini.
Kejadian dipercayai berlaku pada 8 pagi dan setakat ini dilaporkan empat mangsa terbabit dalam kejadian itu.
Difahamkan, dua daripada tiga pekerja projek pembinaan terbabit dilaporkan meninggal dunia.
Seorang lagi mangsa dipercayai pemandu kereta parah dalam kejadian itu.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.
Sumber JBPM berkata, dua mangsa yang meninggal dunia itu dikatakan terjatuh dari ketinggian kira-kira 36 meter.
Menurutnya, seorang lagi mangsa masih tersangkut di tapak pembinaan dan kerja menyelamat sedang dijalankan.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lagi dan lagi....
Kesulitan sekarang utk kesenangan masa hadapan
Katanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Baru smlm ckp takut nak lalu sana... Hari ni dah jd lg |
|
|
|
|
|
|
|
Kren tumbang hempap kereta, dua maut
https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... ap-kereta-dua-maut/
Oleh MOHD RIDZAUDDIN ROSLAN
22 Mac 2021, 10:31 am
Keadaan struktur besi yang terjatuh di kawasan pembinaan lebuh raya tadi.
PETALING JAYA- Dua orang pekerja projek pembinaan lebuh raya berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Alam Damai maut selepas struktur besi ‘Kren Launcher’ jatuh sebelum menghempap kawasan jalan raya itu.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, seorang mangsa warganegara Malaysia cedera parah apabila kereta dipandunya turut dihempap kren besi berkenaan.
“Kami menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada pukul 8.45 pagi dan seterusnya mengarahkan Balai Bomba Penyelamat (BBP) Cheras, BBP Tun Razak dan BBP Hang Tuah ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi itu, struktur besi pembinaan itu telah jatuh ke bawah dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Bezza,” katanya menerusi satu kenyataan tadi.
Antara gambar sekitar lokasi kejadian
Katanya, kejadian itu melibatkan empat orang mangsa dengan seorang warga tempatan merupakan pemandu kereta berkenaan.
“Tiga orang mangsa lagi merupakan pekerja projek pembinaan tersebut, di mana dua daripada mereka disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dari ketinggian 120 kaki.
“Seorang mangsa lagi masih tersangkut di landasan pembinaan lebuhraya dan kerja-kerja penyelamatan mangsa sedang dijalankan oleh anggota bomba,” ujarnya. -K! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah ape nak jadi..nmpk mayat terbujur kaku.. |
|
|
|
|
|
|
|
moga pemandu bezza tu dpt diselamatkan.
Teruk tgok keadaan kereta |
|
|
|
|
|
|
|
Laluan bwh tu mmg kete bleh lalu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
SUKE dan DUKE lebuhraya berpuaka lebuhraya sumpahan |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah jadi lagi. Takutnya la dgn musim sekolah dah buka ni bwk budak2 nak hantar ambik dari sekolah. Semoga kita dijauhkan la |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by AbukRokok at 22-3-2021 11:11 AM
pernah sekali lalu alam damai tahun lepas masa tgh buat highway sumpah tank lalu lagu..sanggup lalu jalan jauh
tapi salak highway pun ada juga terpaksa lalu |
|
|
|
|
|
|
|
ni SUKE ke? aduuuuhhhh... mana safety measure ni..dah la tgh peak time tu. |
|
|
|
|
|
|
|
seram aku menengok keta tu |
|
|
|
|
|
|
|
haruslah replied at 22-3-2021 11:05 AM
Laluan bwh tu mmg kete bleh lalu ke?
boleh je , tapi berani lah siapa still guna route ni , sgt menyeramkan especially bila tgk atas |
|
|
|
|
|
|
|
Huhu..ngerinya rasa...mcm safety kureng je tmpt2 pembinaan mcm ni..risau nak lalu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya mangsa..apa jadi dgn sop safety? |
|
|
|
|
|
|
|
hurmmmm xsuka nye iols dgr berita mcm ni...sbb mmg hari2 akan lalu bawah jalan under construction |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun. |
|
|
|
|
|
|
|
Y Allah...tingginya jatuh |
|
|
|
|
|
|
| |
|