Anda pernah cuba laksa tumis? Selalunya kuah laksa adalah versi rebus. Berbeza dengan laksa tumis berkuah pekat ini yang menjadi antara resepi wajib dicuba.
Bahan-bahannya:-
Bahan A
- 3 biji bawang besar
- Belacan 1 inci
- Cili kering
Bahan B
- Bawang untuk tumis
- Daun kesum
- Bunga kantan
- 2 keping asam keping
- Garam/serbuk perasa secukup rasa
- Air secukupnya
- Laksa
Cara memasaknya
1. Rendam laksa dan rebus sehingga lembut.
2.Bersihkan ikan dan rebus bersama asam keping selama 10 minit.
3. Asingkan isi ikan dan tulang. Kisarkan berasingan.
4.Campurkan kesemuanya dan air secukupnya, masak sehingga mendidih.
4. Rebus cili kering dan kisar bersama bawang dan belacan.
5. Masukkan bawang dan bahan kisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
6. Tuangkan bahan tumis ke dalam kuah isi ikan tadi.
7. Masukkan garam/serbuk perasa secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan. Laksa boleh dihidangkan bersama ulam-ulaman seperti salad, hirisan bawang, cili padi, timun, limau kasturi dan nanas dan telur rebus.
Kredit : Puan Ida Idzan via Facebook Masak Apa Hari Ini |