CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5087|Reply: 25

Gigih Angkut Tong Gas Jadi Hadiah Kahwin

[Copy link]
Post time 22-3-2021 04:22 PM | Show all posts |Read mode
Gigih Angkut Tong Gas Jadi Hadiah Kahwin
Lazimnya, apabila menghadiri majlis perkahwinan pasti ramai yang akan membawa hadiah untuk diberikan pada pasangan pengantin. Hadiah yang diberikan itu juga sedikit sebanyak dapat meringankan beban pengantin dalam memulakan fasa baru dalam hidup mereka.

Dengan niat mahu membantu rakan mereka, sekumpulan lelaki ini nekad memberikan tong gas sebagai hadiah perkahwinan untuk kawan mereka. Apa yang mencuit hati, tong gas itu siap dibungkus rapi di dalam sebuah kotak dan dibawa ke majlis perkahwinan.

Video :

https://www.tiktok.com/@amirulya ... 905&refer=embed

Macam yang dapat disaksikan di dalam video ini, mereka telah meletakkan satu tong gas berwarna kuning di dalam kotak. Untuk makluman, ini adalah tong gas kosong jadi ianya tidak membahayakan sesiapa. Kotak itu juga siap dibalut dengan pembalut hadiah beserta kad ucapan dari mereka. Mereka kemudiannya membawa hadiah itu ke majlis dan memerlukan dua orang untuk mengangkatnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pujian pada sekumpulan lelaki ini. Walaupun hadiah ini unik dan tidak selalu diberikan, ternyata ianya sangat membantu pasangan pengantin. Bukan saja harganya yang mahal tapi tong gas juga adalah benda wajib untuk setiap pasangan yang mahu berpindah ke rumah yang baru.

“Weh bagus gila hadiah dia. Boleh guna kot, kelengkapan asas dapur.


“Bagus jugak tu. Gas mahal nak beli, orang baru kahwin memang perlu benda-benda macam ni.”


“Hadiah ni best. Orang baru kahwin memang perlu keperluan-keperluan asas ni.”


“Mesti pengantin tu fikir peti ais.”




Ada juga netizen yang berterima kasih dengan perkongsian idea baru ini yang tentunya membantu yang lain dalam memilih hadiah perkahwinan yang sesuai untuk diberikan.

SUMBER
TIK TOK


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2021 04:33 PM | Show all posts
ye ye je.. padahal ada je orang dah buat..
dasar batak viral..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2021 04:34 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 22-3-2021 04:33 PM
ye ye je.. padahal ada je orang dah buat..
dasar batak viral..

ada tu.. bagi tisu basah
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2021 05:32 PM | Show all posts
ex-laki aku gigih dtg majlis ikut kengkawan walau tidak dijemput, bg hadiah lesung batu nak buat prank. berat okeh. rupa buruk, perangai buruk.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 09:12 AM | Show all posts
pxlbb replied at 22-3-2021 05:32 PM
ex-laki aku gigih dtg majlis ikut kengkawan walau tidak dijemput, bg hadiah lesung batu nak buat pra ...

adoiiiiiiiiiiii..rupa buruk perangai pun buruk
x tau nak tengok kat mana ekkk
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 09:28 AM | Show all posts

Pengantin Dah Gembira Tengok Hadiah Besar Balut Cantik-cantik, Rupanya...

Edited by CARI-MAL at 23-3-2021 09:30 AM

Setiap kali di majlis perkahwinan, pengantin mesti akan dapat hadiah daripada rakan-rakan ataupun sedara-mara yang hadir. Antara hadiah yang sering menjadi pilihan pemberi hadiah adalah peralatan elektrik dan perkakas dapur seperti set cawan, pinggan mangkuk dan periuk.


Hadiah lain daripada yang lain. Sekumpulan lelaki membeli tong gas sebagai hadiah istimewa sempena perkahwinan kawan mereka. Menerusi video yang dikongsi di Tiktok itu, tong gas tersebut diletakkan di dalam kotak serta dibalut dengan cantik.




Kredit foto: TikTok @amirulyaacob


Ketika di majlis perkahwinan kawan mereka, dua orang daripada kawan mereka telah membawa hadiah tersebut dengan berhati-hati kerana berat dan besar. Mereka juga turut mengambil gambar bersama pengantin bersama tong gas yang mereka hadiahkan. Entah apa yang bermain di fikiran pengantin baru saat menerima hadiah ‘besar’ dari rakan-rakan.





Kredit foto: TikTok @amirulyaacob

Kebanyakan netizen terhibur dengan gelagat mereka. Ada juga yang menyifatkan bahawa ianya idea yang bagus kerana boleh diguna dan merupakan keperluan asas.


Bukan RM30, tapi RM100 ya harga tong gas kosong itu.


Sumber: OhBulan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2021 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Tong gas mahal. Kalau xpernah beli..mmg xkn tau harga. Sb tu la ade je kes org curi tong gas.
Bagus kawan2 dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 09:48 AM | Show all posts
mmg.. mula2 nk beli mahal.. yg rm30 tu bila ko beli yg ada isi.. tong gas tukar2..
bagus kwn2 dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2021 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko ingat mursmurs ke kalo pestime beli??? Benda penting ni.. Org dah bagi.. Sauk je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 10:34 AM | Show all posts

Gigih Angkut Tong Gas Jadi Hadiah Kahwin
https://mforum1.cari.com.my/foru ... =1243617&extra=
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 11:19 AM | Show all posts
Tong gas kat Brunei cni cuma BND10 hrganya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 11:20 AM | Show all posts
pxlbb replied at 22-3-2021 05:32 PM
ex-laki aku gigih dtg majlis ikut kengkawan walau tidak dijemput, bg hadiah lesung batu nak buat pra ...

Layak msuk loji kumbahan je jantan jnis camni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 11:37 AM | Show all posts
gideoncross replied at 23-3-2021 11:20 AM
Layak msuk loji kumbahan je jantan jnis camni.

alamak tersalah maksud.... ex-gf kepada laki aku. perempuan itu aku tak hajak pun makan kenduri tp gigih nak follow kengkawan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 12:23 PM | Show all posts
bagus utk org baru kawin.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm susah je carik tong gas mira
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 05:06 PM | Show all posts
pxlbb replied at 22-3-2021 05:32 PM
ex-laki aku gigih dtg majlis ikut kengkawan walau tidak dijemput, bg hadiah lesung batu nak buat pra ...

rupa buruk pun merasa dia jadi laki hang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2021 05:21 PM | Show all posts
tikusmontok replied at 23-3-2021 05:06 PM
rupa buruk pun merasa dia jadi laki hang.

huk aduh salah maksud sisturrr... aku maksudkan exgf laki iols

laki aku cuma nan sorang itu sajork
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau aku kawin aku nk pesan siap2 jgn bagi tong gas.sbb aku pakai induction cooker
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
pxlbb replied at 23-3-2021 11:37 AM
alamak tersalah maksud.... ex-gf kepada laki aku. perempuan itu aku tak hajak pun makan kenduri tp ...

Bru je nak condemn, rupanya typo haha.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
gideoncross replied at 23-3-2021 10:16 PM
Bru je nak condemn, rupanya typo haha.

Kesian ex-laki imaginary aku kena hentam kaw kaw kat porom hanya kerana tersalah typo
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.048158 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list