View: 1826|Reply: 11
|
Leher Polis Cedera, Tersangkut Tali Layang-Layang Melintang Di Jalan Raya
[Copy link]
|
|
Seorang anggota polis yang menunggang motosikal cedera pada leher selepas tersangkut seutas tali yang melintang jalan di Kilometer 129.6 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Butterworth di sini Ahad lalu.
Terdahulu, kejadian sekitar pukul 4.30 petang itu tular di media sosial selepas pengguna memuat naik video yang memaparkan rakaman berkenaan kejadian itu.
Menerusi rakaman itu ia memaparkan keadaan mangsa yang luka pada leher akibat tersangkut tali tangsi ketika menunggang motosikal di lorong kiri.
Kredit foto: Kosmo
Kejadian itu berlaku ketika anggota berusia 24 tahun tersebut selesai tugasan di Hospital Bukit Mertajam dan dalam perjalanan pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, siasatan pihaknya mendapati kejadian terbabit tiada unsur sabotaj.
Kredit foto: Kosmo
“Ia dipercayai tali layang-layang yang tersangkut dan orang ramai diminta tidak gusar kerana siasatan polis dan pengendali lebuh raya mendapati tiada unsur khianat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. -CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
main layang layang sudah ketinggalan zaman, sekarang tukar main dron lagi selamat |
|
|
|
|
|
|
|
Olololo.. sian abg polis nih |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya. simpatiku.
seriau tgk kecederaan dia |
|
|
|
|
|
|
|
Simunggu: main layang layang sudah ketinggalan zaman, sekarang tukar main dron lagi selamat
Drone punya accident lagi boleh teruk bahayanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Mengerikan nasib sekadar cedera. |
|
|
|
|
|
|
|
YaAllah.. Ngerinya! Semoga Allah beri kesembuhan dan mudahkanlah urusan hambaMu ini Ya Allah.. Amin.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|