CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6523|Reply: 27

Wany Hasrita Reda Kalau Kekasih Dicaras Orang

[Copy link]
Post time 25-3-2021 11:00 AM | Show all posts |Read mode
Selepas dinobatkan sebagai penerima trofi Anugerah Bintang Paling Popular di (ABPBH31) pada 2018, nama penyanyi, Wany Hasrita terus melakar pelbagai kejayaan.








Terbaru, nyanyian duet bersama Datuk Jamal Abdillah, Belenggu Rindu mengungguli tempat ke-3 di Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang lalu.


Bagaimanapun apabila bercakap soal peribadi, bintang memilih untuk tidak terlalu berkongsi.


Mengulas mengenai persoalan tersebut, Wany mendedahkan dia akui kini sedang mengenali hati budi seseorang. Namun segalanya masih lagi di peringkat awal.


Jelas penyanyi berusia 29 tahun itu lagi, dia sebolehnya tidak mahu terlalu terbuka kerana banyak perkara yang telah dipelajari daripada rakan-rakan selebriti sebelum ini.


“Sebab belum ada yang pasti pun lagi. Kenapa saya tidak mendedahkan, kerana ia lebih kepada pengalaman diri sendiri dan pengalaman artis-artis yang lain. Saya perhati juga dan ambil pembelajaran daripada situ.








“Saya terbuka untuk berkawan dan kini kami masih dalam proses perkenalan. Sebenarnya panjang lagi proses ni. Saya sangat-sangat takut untuk cakap apa-apa.


“Pada ketika ini, ibu pun dah kenal. Bila cakap pasal restu saya pun nervous lagi sebenarnya. Ibu saya pula sangat serius dalam hal ni.


“Yelah saya pun anak tunggal jadi dia mahukan yang terbaik untuk anak dia,” katanya kepada MH.


Dalam pada itu, Wany turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dirinya bimbang jika pasangannya diambil orang andai terlalu terbuka bercakap hal cinta.




Kredit foto: IG Wany




“Kalau kena caras tu (diambil orang) memang tak baik untuk diri kita. Memang saya redalah kalau berlaku. Terbuka atau tidak itu bukan masalahnya.


“Kalau dah memang ditakdirkan dia diambil orang dan dia pun membenarkan dirinya diambil orang, saya tak boleh nak buat apa-apa.


“Sebagai seorang selebriti, orang luar akan sentiasa melihat kepada kita. Sama ada jadi atau tidak, lebih baik saya diam. Sampai masanya nanti ia akan jadi juga InsyaAllah, jelasnya lagi.




Sumber: Media Hiburan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2021 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
k wanyy k {:thief
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
k wanyy k {:thief
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Apooooooooooooo??????
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 11:17 AM | Show all posts
jadi nak kena menggelabah ke ni?


bkn bf sheols pilot ke?dah putus ke? maklumlah musim covid takde job
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Wanita solehah kalau, lelaki kenal 3 bulan terus nikah yer. Hahahaha.... covid mencanak seluruh dunia, pasal jantan yang ko pikirkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2021 11:40 AM | Show all posts
wany ni nak ganti zulin jugak ke. asal ade cerita je pasal boipren. kata xnak cite tapi sibuk gak bercerita..apooo
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Wartawan dgn retis sama bodo piau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2021 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti dah putus. Atau bf dia dah sedar muka wany persis laki pakai tudung?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 11:50 AM | Show all posts
baiknye hati redha je kalau org lain amek bf dia
bf dia pilot kan? dah takde job ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 11:55 AM | Show all posts
Abg janji x kan cari lain wani..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 25-3-2021 11:48 AM
Mesti dah putus. Atau bf dia dah sedar muka wany persis laki pakai tudung?

Xbaik la uols. Mana ada persis lelaki.

Kan mcm thomas n friends tu

Lawa dia ni tp sekali dah seen cannot be unseen gituh
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
{:good {:good {:good
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 03:14 PM | Show all posts
dah putus ke dik?

ohhh anginnnnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 25-3-2021 12:28 PM
Xbaik la uols. Mana ada persis lelaki.

Kan mcm thomas n friends tu  

Sekali dah seen cant be unseen meaning cmne tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 25-3-2021 03:39 PM
Sekali dah seen cant be unseen meaning cmne tu

Skali dah nmpk mcm thomas n friends, cannot be unseen dah. Everytime i tgk dek wani ni mmg rupa thomas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2021 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 25-3-2021 04:06 PM
Skali dah nmpk mcm thomas n friends, cannot be unseen dah. Everytime i tgk dek wani ni mmg rupa th ...

Ahahaha. Choii
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosan lah dgn si waniy nehh. Bagi aku dia retis yg xde aura. Tp aku suka dgr dia nyanyi lagu si rossa tu. Apatah tajuk.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 25-3-2021 04:06 PM
Skali dah nmpk mcm thomas n friends, cannot be unseen dah. Everytime i tgk dek wani ni mmg rupa th ...

Hahaha peritnya komen
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Minah ni kalo aku jd dia aku belajar la sampai hbs level. Gi oversea perabis duit bapak. Masa zaman muda pon xde la top mana. Dh tua ni serba serbi dia jual.. Smapai MLM hazabedah pon dia masuk. Xde direction nampak gayanya. Sian gak aku tgk.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.070473 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list