CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3432|Reply: 7

Kerabat Diraja British, Zara Tindall Lahirkan Anak Di Bilik Air?

[Copy link]
Post time 25-3-2021 06:56 PM | Show all posts |Read mode
Kerabat Diraja British, Zara Tindall Lahirkan Anak Di Bilik Air?

Terbayang di fikiran bagaimanalah agaknya jika kerabat diraja terpaksa melahirkan anak di rumah terutama di bilik air, pasti heboh dan kecoh jadinya bukan.

Itulah yang berlaku pada Zara Anne Elizabeth Tindall, yang merupakan anak perempuan tunggal Puteri Anne dan yang juga cucu perempuan sulung Permaisuri Elizabeth ll.

Lahirkan Anak Di Bilik Air


Foto – Instagram Mike Tindall

Dipetik dari Women’s Health, suami Zara iaitu Mike Tindall mengesahkan bahawa isteri tercintanya selamat melahirkan anak mereka bayi lelaki di blilik air kediaman rumah mereka.

Menurut Mike, isterinya adalah seorang pewira kerana sewaktu kejadian masing-masing jadi kalut dan dirinya sendiri berlari ke gym untuk mengambil tikar senaman serta tuala dan hamparkanya di bilik air.

Selepas itu, isterinya pula berhempas-pulas meneran sehingga keluarnya anak lelaki mereka pada jam 6 petang minggu lalu.

Anak Ketiga Dan Letak Nama ‘Philip’ Dalam Nama Anak


Foto – Hello Magazine

Pasangan sama padan ini telah mendirikan rumahtangga sejak 2011 dan ini merupakan anak ketiga mereka berdua, yang kemudian diberi nama Lucas Philip Tindall dan menariknya nama tengah ‘Philip’ diambil sempena nama datuk Zara iaitu Putera Philip dan juga bapa Mike sendiri iaitu Philip Tindall.

Tidak Menerima Gelaran, Tetapi Tetap Masuk Dalam Sistem Pewarisan Tahta British


Foto – Insider

Meski cicit ke-10 Permaisuri Elizabeth II ini tidak menerima sebarang gelaran kerana bapanya, iaitu Mike Tindall sendiri tidak mempunyai sebarang gelaran dalam status sosial Britain.

Namun anak ketiga pasangan Zara Tindall dan Mike Tindall ini masih termasuk dalam sistem pewarisan tahta kerajaan British, di mana anak lelaki mereka berada di tangga ke-22 dalam senarai yang berhak mewarisi kerusi tahta negara tersebut.

Walaupun Zara lahirkan anak lelakinya di bilik air, tetapi tiada sebarang komplikasi yang berlaku dan kedua-dua selamat dan sihat. Tahniah buat Permaisuri Elizabeth II menimang cicit ke-10 di usia 94 tahun ini.



Sumber : https://wanista.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2021 11:25 AM | Show all posts
mau x senang duduk si meghan anak Zara masuk line walhal anak dia takde dlm list langsung..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 11:32 AM | Show all posts
bakal jadi modal geng home birth la satgi..kerabat britain pun lahirkan anak kat rumah, siap hamparkan gym mat lagi
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 01:37 PM | Show all posts
kucingitam replied at 26-3-2021 11:32 AM
bakal jadi modal geng home birth la satgi..kerabat britain pun lahirkan anak kat rumah, siap hampark ...

ahaha.. ini kes mengejut dia nak keluar.. abes la klu geng homebirth buat modal.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2021 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
suka tgok muka dia manis..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2021 01:59 AM | Show all posts
dasyat kisah dia ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2021 02:02 AM | Show all posts
La.. madey lagi tua dari permaisuri ni? shocking to know..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2021 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
brown_pupil replied at 26-3-2021 11:25 AM
mau x senang duduk si meghan anak Zara masuk line walhal anak dia takde dlm list langsung..

Tak ada dlm list ye, ingat no. 7
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.355110 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list