View: 1752|Reply: 10
|
Wanita 57 Tahun Lahirkan Bayi, Sempat Pergi Gim Sebelum Beranak
[Copy link]
|
|
Seorang wanita menjadi salah seorang individu tertua di dunia yang menjadi ibu apabila menimang cahaya mata pada usia 57 tahun.
Barbara Higgins selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Jack, pada 20 Mac lalu.
Bayi milik pasangan Barbara dan suaminya, Kenny Banzhoff dihasilkan menerusi rawatan IVF.
Barbara dari New Hampshire, Amerika Syarikat, terlalu berkeinginan menimang bayi selepas kehilangan anak perempuannya, Molly, lima tahun yang lalu.
Foto: Dailystar
"Saya mula mempunyai impian di mana saya ingin menimang anak, dan saya berfikir ia sedikit gila," katanya.
Pasangan ini yang mempunyai seorang lagi anak bernama Gracie, berkata dengan menimang cahaya mata, ia sedikit sebanyak membantu mereka mengatasi kesedihan.
Apa yang menakjubkan, Barbara sempat meluangkan masa di gimnasium sebelum melahirkan bayi lelakinya.
Menurut Guinness World Records, Maria del Carmen Bousada Lara memegang rekod sebagai wanita tertua yang melahirkan bayi.
Wanita Sepanyol itu berusia 66 tahun ketika melahirkan anak kembar pada tahun 2006. - CARI
Sumber: mStar/Dailystar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ai mtk maaf,ai bukan nak face shaming,tp kenapa muka dia mcm muka undertaker gusti tu ek bila dia lepas rambut tu..? |
|
|
|
|
|
|
|
salmon-suki: Ai mtk maaf,ai bukan nak face shaming,tp kenapa muka dia mcm muka undertaker gusti tu ek bila dia lepas rambut tu..?
Dalam pantang, kasi lah chance ha ha
Dia bukan level Kim K nak siap2 dgn MUA sebelum snap pic upload insta |
|
|
|
|
|
|
|
salmon-suki replied at 29-3-2021 12:38 PM
Ai mtk maaf,ai bukan nak face shaming,tp kenapa muka dia mcm muka undertaker gusti tu ek bila dia le ...
Kau boleh emel our CREATOR.....
Ada emel address tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Submitted replied at 29-3-2021 02:07 PM
Aku kena tunjuk berita ni kt bini aku
Kenapa dengan bini ko? Ivf jugakke |
|
|
|
|
|
|
|
Btw dia dah menopouse kan cmne boleh hasilkan telur lagi? Ke telur perempuan lain |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ctaz at 19-5-2021 11:07 AM
bukan undertaker....
tapi mcm muka dia ni
|
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 19-5-2021 10:19 AM
Btw dia dah menopouse kan cmne boleh hasilkan telur lagi? Ke telur perempuan lain
Ke dia simpan sblm ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Submitted replied at 29-3-2021 02:07 PM
Aku kena tunjuk berita ni kt bini aku
Bini abg kenapa |
|
|
|
|
|
|
|
umur emas mcm ni mampu mengandung n melahirkan..Tahniah Makcik |
|
|
|
|
|
|
| |
|