Sebagai seorang ibu, sudah pastinya tidak mahu melihat anak mereka diperlakukan sebegini. Itulah yang menjadi kebimbangan kepada pelakon Betty Banafe terkait dengan isu ini. Dalam ruangan komen, ibu kepada dua orang anak ini bimbang jika mangsa seorang anak kecil seusia 4 tahun boleh mengalami trauma sekiranya diperlakukan kejam seperti itu.
“Bahalol, kalau anak aku kena, aku terajang pompuan tu! bodoh ke bangang. Binatang pun ada perasaan.
“Entah-entah budak tu meragam kerana tekanan yang dia dapat dari sekeliling. Kita pun faham lah kan. Pandemik banyak beri kesan negatif pada banyak manusia. Jangan cepat menghukum tanpa berfikir dengan waras. Siapa anak tu untuk minta bantuan psikologi. Seawal 4 tahun, budak sudah merakam memori. Oleh itu Rasulullah sudah mengajar kita akhlak dengan anak anak. Sabar dan menjelaskan dengan kasih dan sayang. Aduh.. panas aku..tangan aku ringan nak ramas muka pompuan tu.. geram!” luahnya di ruangan komen.
Menurut laporan dari Kosmo, guru itu telah dipanggil untuk direkod keterangannya bagi tindakan lanjut pihak Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
Sumber: Murai