View: 1170|Reply: 4
|
Kerat Isteri Sebab Bengang Tak Sengaja Menyahbeku Jejari Kentang
[Copy link]
|
|
Manchester: Hanya kerana jejari kentang, seorang suami di United Kingdom (UK) tergamak mencekik isterinya hingga mati sebelum mengerat dan membuang mayat mangsa ke beberapa lokasi untuk menghapuskan bukti.
The Sun melaporkan tertuduh dikenali sebagai Thomas McCann, 49, manakala mangsa, Yvone McCann, 46.
Atas perbuatan kejam itu, Thomas didakwa dan Mahkamah Crown Manchester akhirnya menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada Thomas pada Selasa.
Yvonne McCann, Foto: Agensi
Hakim Alan Conrad membuat keputusan itu selepas mendapati jenayah dilakukan Thomas adalah kesalahan berat dan serius.
Insiden itu dilaporkan berlaku pada 23 Mei tahun lalu dan Thomas dikatakan mencekik isterinya hingga mati di dalam bilik mandi selepas bertengkar dengan mangsa.
Thomas dikatakan berang selepas isterinya tidak sengaja menyahbeku jejari kentang.
Akhirnya, Thomas hilang pertimbangan dan bertindak mencekik Yvonne hingga mati.
"Dia kemudiannya mengerat anggota badan isterinya di bilik mandi itu juga," katanya.
Bagi menutup perbuatannya, Thomas membalas kiriman mesej anaknya menggunakan telefon bimbitnya dan isteri.
Dia melakukannya dengan harapan anaknya tidak tahu ibu mereka sudah meninggal dunia atau mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.
Namun, penipuan Thomas terbongkar selepas plastik berisi anggota badan Yvonne ditemui anjing jalanan di Reddush Vale Country Park, Stockport, di sini.
Ia akhirnya memberi petunjuk kepada polis untuk menangkapnya.
Tangkapan itu dibuat selepas polis menemui enam bungkusan plastik berasingan berisi cebisan anggota badan dipercayai milik Yvonne.
Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan perbuatan keji Thomas itu.
Ketika disoal siasat, Thomas memberitahu polis yang dia membunuh isterinya kerana hilang pertimbangan.
Namun, Yvonne dikatakan pernah bermain kayu tiga dengan lelaki lain pada 2013 hingga menyebabkan Thomas cemburu dan sejak itu, hubungan mereka menjadi dingin. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hanya kerana jejari kentang, suami tergamak cekik isteri hingga mati.
Hanya kerana jejari kentang
https://www.hmetro.com.my/global ... rana-jejari-kentang
Disiarkan pada: April 1, 2021 @ 6:31am
Agensi
YVONNE McCann dan THOMAS McCann. FOTO Agensi
Manchester: Hanya kerana jejari kentang, seorang suami di United Kingdom (UK) tergamak mencekik isterinya hingga mati sebelum mengerat dan membuang mayat mangsa ke beberapa lokasi untuk menghapuskan bukti.
The Sun melaporkan tertuduh dikenali sebagai Thomas McCann, 49, manakala mangsa, Yvone McCann, 46.
Atas perbuatan kejam itu, Thomas didakwa dan Mahkamah Crown Manchester akhirnya menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada Thomas pada Selasa.
Hakim Alan Conrad membuat keputusan itu selepas mendapati jenayah dilakukan Thomas adalah kesalahan berat dan serius.
Insiden itu dilaporkan berlaku pada 23 Mei tahun lalu dan Thomas dikatakan mencekik isterinya hingga mati di dalam bilik mandi selepas bertengkar dengan mangsa.
Thomas dikatakan berang selepas isterinya tidak sengaja menyahbeku jejari kentang.
Akhirnya, Thomas hilang pertimbangan dan bertindak mencekik Yvonne hingga mati.
"Dia kemudiannya mengerat anggota badan isterinya di bilik mandi itu juga," katanya.
Bagi menutup perbuatannya, Thomas membalas kiriman mesej anaknya menggunakan telefon bimbitnya dan isteri.
Dia melakukannya dengan harapan anaknya tidak tahu ibu mereka sudah meninggal dunia atau mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.
Namun, penipuan Thomas terbongkar selepas plastik berisi anggota badan Yvonne ditemui anjing jalanan di Reddush Vale Country Park, Stockport, di sini.
Ia akhirnya memberi petunjuk kepada polis untuk menangkapnya.
Tangkapan itu dibuat selepas polis menemui enam bungkusan plastik berasingan berisi cebisan anggota badan dipercayai milik Yvonne.
Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan perbuatan keji Thomas itu.
Ketika disoal siasat, Thomas memberitahu polis yang dia membunuh isterinya kerana hilang pertimbangan.
Namun, Yvonne dikatakan pernah bermain kayu tiga dengan lelaki lain pada 2013 hingga menyebabkan Thomas cemburu dan sejak itu, hubungan mereka menjadi dingin.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ganas betul kokesen.
hanya kentang goreng, terus diserap hantu mona fendi.
|
|
|
|
|
|
|
|
nyahbeku kentang pun boleh jadi sebab membunuh eh. donya2
|
|
|
|
|
|
|
|
tipah89 replied at 1-4-2021 12:49 PM
nyahbeku kentang pun boleh jadi sebab membunuh eh. donya2
Mmg dah tahan geram dr kes isteri curang la tuu
Tu yg silap sikit terus mengamuk smpai bunuh |
|
|
|
|
|
|
| |
|