Edited by bianglala at 14-8-2021 07:51 PM
Boleh kongsikan menu santapan anda di sini.
Contoh : Sarapan = Roti Canai + teh tarik.
Kredit 10+ hanya diberikan untuk menu sarapan, makan tengahari, makan malam sahaja. Bermakna, dalam satu hari anda boleh dapat 30+ kredit daripada thread ini. Boleh juga nak kongsi menu minum petang, tetapi kredit tidak akan diberikan.
Jika anda rajin, boleh tulis menu pagi pada waktu pagi, menu tengah hari pada waktu tengahari, menu malam pada waktu malam.
Sekiranya mahu berkongsi tiga menu sekaligus, lebih mudah jika anda reply thread ini pada waktu lewat petang / malam.
Harap jelas ya semua. Cara untuk kumpul kredit dengan banyak adalah konsistensi dan kerajinan. Terima kasih untuk kerjasama anda. |