Sekali pandang memang nampak macam seronok dan mudah dilakukan. Namun, Uyaina tetap mengakui ianya sesuatu yang mencabar dirinya. Menurut Uyaina, pengambaran tersebut merupakan salah satu pengambaran yang sukar yang pernah dilakukannya.
Katanya lagi, sebelum ini tidak pernah melakukan aktiviti menyelam, jadi agak susah untuk melakukan aksi pergerakan dalam air.
Selain itu, Uyaina turut menyatakan pakaian yang dipakainya itu, walaupun cantik, agak menyukarkan pergerakkannya.
“Baju ni sangat susah untuk diuruskan, sampai terbelit dekat selipar penyelam. Tapi secara visual ia sangat cantik dan buatkan saya gembira,” katanya mengambarkan detik pengambaran dalam air itu.
Difahamkan pengambaran itu adalah untuk babak montaj bagi sebuah drama dan turut dilakonkan bersama dengan Zul Ariffin. Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata-rata berasa kagum melihat aksi Uyaina di dalam air.
Rakan-rakan artis juga turut memberikan komen, sampaikan ada yang kata Uyaina kelihatan seperti Khaleesi dalam siri televisyen drama ‘Game of Throne’ dan juga seperti Ikan Duyung.
Tapi bagi yang dah pernah pergi diving mesti tahu betapa susahnya nak buat pelbagai aksi dalam air, lagi-lagi dengan pakaian sedemikian. Apa-apa pun, itulah antara cabaran dan usaha mereka yang bergelar pelakon demi menjayakan sesuatu babak.
Sumber :
https://www.koolfm.com.my