Betapa luluh hati seorang bapa apabila anak kesayangannya melakukan kesalahan sama berulangkali.
Begitu lah luahan Chef Wan di laman instagram menzahirkan kekecewaan terhadap keputusan Serina bernikah di Thailand tanpa pengetahuannya.
Ianya membuatkan Chef Wan mengungkit kembali kisah perjalanan cinta anaknya dengan arwah Hani Mohsein satu ketika dahulu. Sikap degil Serina berlarutan dari remaja hinggalah ke usia matang dan ianya membuatkan Chef Wan menangis semalaman.
Foto G
Sudahlah anak membelakangkannya, kini netizen pula sibuk berceramah menyatakan apa yang dilakukannya salah. Kononnya menyebarkan aib Serina dan arwah sedangkan anaknya lah yang memulai meletakkan gambar nikah tersebut, dia hanya menceritakan apa yang telah terjadi.
"Ada segelintir manusia yang tak tahu hujung pangkal cerita Rina kawin ni attacked me openly and blamed me konon tak kasi dia nikah cepat."
Foto : IG
Bagi Chef Wan, tindakannya meminta Serina meminta menunda pernikahan kerana dia mahu menyiasat latar belakang lelaki itu terlebih dahulu. Tetapi, rupa-rupanya ketika itu, Serina telah pun berkahwin.
"What kind of a man bawa anak saya kawin ke Siam as no 2? What kind of a daughter that would do that to a father sampai desperate sangat ke?"
Foto : IG
Dalam hantaran sama, Chef Wan turut menjelaskan yang kedegilan Serina bermula ketika bercinta dengan arwah Hani Mohsein lagi. Malahan mereka sebenarnya telah berura-ura untuk bernikah di Thailand dan pada masa itu usia Serina cuma 17 tahun.
Sekarang nasi sudah menjadi bubur, jadi Chef Wan hanya membuka cerita lama supaya netizen tidak menghakimi dirinya semata-mata. Lebih penting dia sendiri sudah pun redha dengan keputusan tersebut, walaupun kecewa sampai bila-bila. Anda rasa macam mana? - CARI
|