View: 2490|Reply: 5
|
Menu Berbuka Puasa Dengan Ayam Goreng Ala IKEA Menambat Selera
[Copy link]
|
|
Bermula sudah hari pertama umat Islam di Malaysia khususnya, berpuasa di bulan Ramadan. Lazimnya, bila dah nak masuk bulan puasa saja, mesti pening kepala nak fikir menu apa yang nak dimasak untuk juadah berbuka puasa.
Jadi apa kata kita cuba resepi ini, Ayam Goreng ala IKEA. Makan panas-panas tentu keluarga suka. Jom kita lihat resepinya.
A. BAHAN BAHAN
- 9 keping chicken wing@1 kilo kepak ayam
- 3 sudu besar SOS tiram
- 3 sudu besar light soy sauce
- 1 sudu kecil serbuk lada putih
- 1 sudu serbuk perasa knorr@maggi
- 1½ sudu besar gula pasir
- 2 sudu besar All purpose seosoning
- 1 sudu besar minyak bijan
- 5 sudu besar air putih
- 4 sudu besar topioca starch
- 3 sudu besar tepung gandum
- Minyak masak( untuk mengoreng )
B. CARA PERAPAN
1) Cuci ayam bersama 1 sudu besar garam,cuci sehingga bersih dan toskan.
2) Masukkan kesemua bahan kecuali minyak.
3) Gaul sebati dan simpan di dalam plastik atau bekas bertutup.
4) Perap paling kurang 8 jam dan sebaiknya semalam serta disimpan di tempat biasa (bukan tempat beku).
C. CARA MEMASAK
1) Keluarkan ayam dari peti sejuk 30 minit sebelum digoreng.
2) Panaskan minyak, dengan api sederhana pada suhu 150c atau celupkan lidi. (Tips: Kalau buih-buih dipermukaan lidi keluar di pertengahan minyak panas, bermakna suhu dah mencapai tahap 150c.)
3) Masukkan 3-4 keping kepak ayam dan goreng 3 minit di setiap bahagian dan tambah lagi 3 minit di setiap bahagian (jumlah 6 minit mengoreng ayam).
4) Angkat dan toskan ayam pada tisu, biarkan ianya rehat 6 minit kemudian masukkan semula ayam di dalam kuali dan masak sehingga garing paling kurang 3-4 minit ( Tujuannya untuk mendapat texture yang rapuh @ rangup diluar dan berjus di dalam isi ayam serta ayam masak dengan sempurna)
6) Angkat dan toskan.
Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba. - CARI
Kredit resepi : Nurul Ateekah Via Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya.. boleh dicuba. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam sedap,terliur makanan |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh try nanti , ,kalau jadi boleh bagi kat crush Kiran Lepas raya |
|
|
|
|
|
|
| |
|