Seorang remaja terpaksa meninggalkan jenazah bapanya di Humbang Hasundutan, Sumatera Utara kerana perlu mengambil ujian kemasukan ke universiti.
Lapor Tribunnews, ujian tersebut diadakan pada hari sama bapanya meninggal dunia sehingga menjadi tular dalam media sosial.
Namun, kisah tular itu mengandungi maklumat tidak benar apabila Todu Silaban didakwa meninggalkan jenazah bapanya bagi menduduki ujian pengambilan anggota polis.
SEORANG remaja bersiap untuk mengambil ujian kemasukan universiti dan terpaksa meninggalkan jenazah bapanya di Sumatera Utara, Indonesia.
Sepupu Todu, Guntur Tinambunan tampil menjelaskan perkara sebenar dan menuntut hantaran yang dimuat naik dalam Facebook oleh seorang wanita dipadamkan.
Disebabkan Guntur tinggal di Tangerang, dia hanya mendapat maklumat kematian itu menerusi kumpulan WhatsApp ahli keluarga.
“Disebabkan saya tinggal jauh di Tangerang, saya hanya mendapat maklumat itu menerusi WhatsApp mengenai kematian pak cik saya,” jelasnya.
Sumber: Utusan |