View: 10782|Reply: 84
|
‘Founder’ kosmetik merayau di bazar Ramadan, borong jualan tak habis para peniag
[Copy link]
|
|
‘Founder’ kosmetik merayau di bazar Ramadan, borong jualan tak habis para peniaga
Para peniaga bazar Ramadan tahun ini pastinya amat terkesan dengan dampak pandemik yang sedang melanda Tanah Air sejak setahun lalu.
Walaupun perkara tersebut sukar dilalui, namun cabaran itu terpaksa juga ditempuh demi meneruskan kehidupan dan rezeki buat keluarga.
Pasti sahaja ramai peniaga buntu apabila jualan mereka tidak habis terjual walaupun waktu berbuka sudah selesai. Modal yang dikeluarkan untuk membuka gerai pada hari tersebut juga belum diperoleh.
Beli jualan peniaga di bazar
Jadi, menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai IsskandarArifin, dia telah memuat naik kembali satu video yang diperoleh dari Instagram mengenai seorang founder kosmetik yang merayau di bazar Ramadan dan membeli jualan-jualan yang tidak habis dari para peniaga gerai.
Pergi gerai ke gerai
Sekurangnya terubat sikit perit peniaga
Sedekah di bulan mulia
Founder kosmetik yang dikenali sebagai Iddin Shah itu dilihat telah pergi ke bazar Ramadan sambil membawa wang tunai dan membeli makanan yang tidak habis terjual dari para peniaga.
Kemudiannya, dia meminta peniaga tersebut menyedekahkan makanan-makanan tersebut kepada pengunjung yang hadir di bazar berkenaan.
Dalam perkongsiannya di Instagram, Iddin sempat menulis beberapa kelebihan-kelebihan amalan bersedekah yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Biar lagi ramai yang buat perkara baik macam ni
Sehubungan dengan posting yang dibuat oleh IsskandarArifin itu, ramai yang meninggalkan komen positif diatas perkara baik yang dilakukan oleh founder kosmetik berkenaan.
Masing-masing memuji tindakan yang dilakukan dan berharap lebih ramai lagi orang yang berlumba-lumba dalam melakukan kebaikkan terutamanya di bulan mulia ini.
Bestnya jadi kaya, boleh bantu orang
Semoga terus murah rezeki
Apa niat dia, tu urusan dia
Sumber: IsskandarArifin
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
klu hari2 dan tempat yg sama oklah |
|
|
|
|
|
|
|
Mudah mudahan diberkati rezekinya dan ibadahnya diterima Allah swt..kosmetik apa eh?? |
|
|
|
|
|
|
|
Patut cam kenai ja tempat tu..aku cam penah nampak kt ig..mcm mlm stail zizan mickey mouse. Kalau x silap aku la. Pantang kena komen mai la satgi konco2 anak didik bagai bekap..eww |
|
|
|
|
|
|
|
kalau gi beli senyap2 je takde tukang rakam kang orang tak kenal puleks jenama ponder ni khenn |
|
|
|
|
|
|
|
Kekadang aku heran founder product timbang kilo ni camne bleh jadi kaya-raya walaupun produk sendu nampak kat shopee je. Sape customers diorg ni, harap ejen je ke? |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun hairan... tp rezeki ni ghaib beb...
|
|
|
|
|
|
|
|
Situ sedap murtabak sg dua, popia basah ngan wantan mee
Tak dapat lagi merasa tahun ni
|
|
|
|
|
|
|
|
piao: aku pun hairan... tp rezeki ni ghaib beb...
Mmg ada pembeli sis. Aku ade member jd agent produk timbg kilo ni sebulan sale ratus ribu.walhal aku xpernah dengar pon nama brand tu |
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 21-4-2021 08:26 PM
kalau gi beli senyap2 je takde tukang rakam kang orang tak kenal puleks jenama ponder ni khenn {:run ...
Hello ebit pn bawak team ok borong makan |
|
|
|
|
|
|
|
penatnya tengok founder2 produk punya gimik |
|
|
|
|
|
|
|
helicornia replied at 22-4-2021 06:28 PM
penatnya tengok founder2 produk punya gimik
Kan..
Kadang2 rasenye mcm more to marketing je |
|
|
|
|
|
|
|
user.name replied at 22-4-2021 09:39 PM
berapa umur nie? nampak dedua cam bebudak baru abis / xabis sekolah je.. gaya pon ala2 sotong terliuk2. hebat betul budak2 lagi tapi da pandai buat duit juta2 diorg nie. cemane agaknya diorg meniaga ya? |
|
|
|
|
|
|
| |
|