"Kening i tu nampak macam kena cukur ke????"
Menjadi anak pasangan artis membuatkan ada sahaja yang diperhatikan oleh netizen. Begitu lah yang berlaku terhadap anak kedua pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi ini.
Marissa Dania, 16, menjadi perhatian netizen apabila aktif membuat ulasan produk di laman Instagramnya.
Namun, video terbaharunya yang membuat ulasan makanan mendapat perhatian apabila ada netizen mendakwa anak pasangan selebriti tersebut mencukur keningnya.
Foto G
Video yang memaparkan Marissa menikmati sejenis kuih moden dengan berseleranya menarik perhatian ramai pengikutnya. Dan bagi soalan mencukur kening tersebut membuatkan beberapa pengikutnya turut membela Marissa.
Mereka menyatakan ada orang yang dikurniakan dengan kening yang cantik tanpa perlu dipantis seperti Marissa sendiri.
"I dah biasa tengok kening camtu @marissadania_ padahal tak cukur pun."
Foto : IG
Wah! Dah jadi anak artis, bergelar insta famous lagi, jadi kenalah bersiap sedia dengan pelbagai ujian, soal kening pun akan ditanyakan. Apapun, memang Marissa Dania comel dan manis dipandang. - CARI
|