Penyanyi dan penulis lagu, Aina Abdul tampil menjawab komen warganet yang secara sinis mendakwa lagu raya judi yang mencetuskan tular baru-baru ini, lebih sedap berbanding lagu raya nyanyiannya, Syukur Lebaran.
Lagu yang dihasilkan Aina bersama Sarry Khaled dan Wan Zakaria itu sudah pun dilancarkan sejak April lalu.
Menurut Aina, 27, perkara tersebut sebaiknya tidak perlu dibanding-bandingkan kerana sesebuah lagu itu pastinya ada kelainan tersendiri.
Malah pemilik nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani itu juga menyifatkan ada banyak cara yang lebih baik untuk mengkritik lagu seseorang penyanyi.
Foto: IG
“Bagi saya, ia tidak boleh dibanding-bandingkan. Ini kerana, persiapan untuk hasilkan sesebuah lagu itu juga berbeza-beza. Pada netizen yang komen macam itu, mungkin mereka lihatnya daripada satu sudut sahaja.
“Saya buat lagu untuk mereka yang menyokong. Kalau nak kritik, ada cara yang lebih baik. Kalau kritik jenis yang ‘direct’ macam itu, maksudnya macam mahu nak mengaibkan saya. Jadi saya tak nak layanlah.
“Tidak perlu nak banding-bandingkan pun sejak awal lagi. Bukanlah tidak boleh, tetapi cara itu menunjukkan macam ada yang tidak suka saya. Mungkin belum dengar lagu itu elok-elok, tetapi terus menghakimi.
“Nak kritik boleh, ada banyak caranya. Misalnya kalau ada yang kata mereka ada DM (direct message) tetapi mungkin saya tak baca, tapi ruangan komen di Instagram, saya boleh baca.
“Ada warganet yang komen atau kritik saya dengan cara baik di ruangan tersebut,” katanya.
Ditanya mengenai capaian Syukur Lebaran di media sosial, Aina yang ditemui pada majlis Iftar Bersama Aina Andul di The Majahapit, Mont Kiara juga menambah, dia menerima maklum balas baik dan menghargai mereka yang menyukai single berkenaan.
“Alhamdulillah, untuk lagu sempena Syawal ia kira lagu raya saya yang paling cepat ‘naik’. Saya sedar, saya bukanlah penyanyi yang bila muat naik di YouTube, jumlah tontonannya akan capai sejuta dalam masa singkat.
“Prosesnya perlahan tetapi ‘views’ itu organik, saya tahu siapa yang tonton,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Aina turut merancang untuk mengadakan ‘showcase’ hujung tahun ini selepas terlibat dalam seni suara secara serius sejak 2014. -CARI
maaf... iols tetap teringat... gi di bet tiga tiga tiga ada... liriknya dah masuk dalam otak cuma tak main judi je lagi sebab saham dan trading kan ada...
tak nak layan kritikan
tok sah menjawab soalan2 macam ni
duduk diam2 p nyanyi sana
statement bawah2 cakap lagu diterima baik kan
lagu raya kau paling cepat naik kan
ha dah p bersyukur sana