View: 3632|Reply: 23
|
Lancar Laman Web Sumbangan Pun Masih Ramai Tak Puas Hati Dengan Zara Zya
[Copy link]
|
|
Pelakon Zara Zya meluahkan rasa syukur apabila laman web ciptaannya, ‘Malaysia Prihatin’ yang bernaung di bawah pertubuhan Prihatin Tanpa Sempadan telah berjaya dilaksanakan sekaligus membuka peluang untuk orang ramai menghulurkan sumbangan ikhlas.
Kredit foto: IG Zara
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin,36, memberitahu platform tersebut terbahagi kepada enam kategori sumbangan dan setiap kategori yang dipilih telah diperiksa terlebih dahulu sebelum dibuka untuk kutipan derma daripada orang ramai.
Antara kategori yang diwujudkan dalam web tersebut adalah kemanusiaan, bencana, pendidikan, perubatan, keagamaan dan selebriti.
Meskipun begitu, usaha dan niat murni yang diusahakan pelakon drama Love You Mr Arrogant itu juga menimbulkan pertikaian sesetengah pihak yang menganggap dirinya sekadar ingin menunjuk-nunjuk kebaikan yang dilakukan.
“Ada orang pertikaikan saya buat Malaysia Prihatin ini sekadar nak menunjuk, dari dulu suka masuk Instagram, sekarang buat web pulak nak makan duit orang dan sebagainya.
"Benda tu sedikit sebanyak beri impak pada saya macam apa lagi manusia tak puas hati? Tapi apa yang mereka tak nampak, benda kebaikan ini perlu ditonjolkan dengan niat yang betul," katanya dipetik dari Astro Gempak.
Menafikan dakwaan tersebut, Zara dalam pada itu berharap platform yang diwujudkannya ini dapat menggalakkan orang ramai untuk menderma tambahan pula ganjaran berlipat kali ganda di bulan Ramadan yang mulia ini.
Sumber: BeautifulNara
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pernah baca ada org share, bank Negara benarkan kos pengurusan 20% rasanya diambil daripada jumlah kutipan derma. No wonder ramai buat kerja amal. Yg betul Alhamdulillah... Kalau ada niat lain, jawab lah di akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
aysia19 replied at 22-4-2021 02:05 PM
Pernah baca ada org share, bank Negara benarkan kos pengurusan 20% rasanya diambil daripada jumlah k ...
Betul . Aku baca 30% |
|
|
|
|
|
|
|
aysia19 replied at 22-4-2021 02:05 PM
Pernah baca ada org share, bank Negara benarkan kos pengurusan 20% rasanya diambil daripada jumlah k ...
Sb tu ramai buka tabung kan..nama2 besar. Dpt la 30% atas nama pengurusan. Kalau dpt collect berjuta tu tak kn ke kaya atas angin je..
Bole ke aku katakan ini minta sedekah cara moden?? |
|
|
|
|
|
|
|
Sejak aku tau yang boleh ambil 30% atas derma tu, memang dah tak minat nak derma dekat depa ni.. Baik aku dermakan untuk jiran2 terdekat @ secara terus. |
|
|
|
|
|
|
|
30% bole amek kan. dlm mengutip utk org lain, dpt upah utk diri sendiri. nak2 bln ramadhan ni makin byk pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
missHaidiD replied at 22-4-2021 02:10 PM
Sb tu ramai buka tabung kan..nama2 besar. Dpt la 30% atas nama pengurusan. Kalau dpt collect berju ...
Yup2. At the same time they all nak reduce bayar tax at least not all tax goes to gomen. That why all org2 bisnes mesti tubuhkan yayasan. |
|
|
|
|
|
|
|
cikpah27 replied at 22-4-2021 02:16 PM
Sejak aku tau yang boleh ambil 30% atas derma tu, memang dah tak minat nak derma dekat depa ni.. Bai ...
Aku pun. Baik aku kasi terus kt ank2 yatim kt sekeliling aku ni |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nak heran.zakat pun kena pow dengan pengurusan jugak.cer tengok time majlis sumbangan dan buka puasa dengan anak2 yatim caner.vvip makan apa? Budak2 makan apa?.belum masuk cenderahati utk yb lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Diorang leh amik 20-30% atas nama pengurusan.
Kalau x sape yang nk buat tabung2 ni weh |
|
|
|
|
|
|
|
cikpah27: Sejak aku tau yang boleh ambil 30% atas derma tu, memang dah tak minat nak derma dekat depa ni.. Baik aku dermakan untuk jiran2 terdekat @ secara te ...
Ni yg terbaik. Bagi direct. Kaum keluarga dulu then jiran dsb |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx: Diorang leh amik 20-30% atas nama pengurusan.Kalau x sape yang nk buat tabung2 ni weh
Belum lagi cara lain macam masa beli barang. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Jom la educate org rmai supaya boikot benda2 mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
tu la, iols pun tak koser nak sumbang kat website ngo aman palestin bagai, aman syria bagai. nak2 dengar berita sumbangan2 tu tak dapat pun ke sana. patut la siap boleh buat iklan video budak nangis2 targetting audience kat youtube yang cecah ribu riban, rupanya pakai duit derma untuk buat iklan tu. yang kemboja tu pun dah tak boleh percaya, baik duit tu kita bagi kat kedai runcit orang yang kita percaya, bagitau tuan kedai suruh agihkan pada orang2 fakir miskin. atleast duit kita tu berjalan untuk bantu orang2. tuan kedai pun dapat untung sekali sebab kita beli barang dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Minah nie lately mcm mental...mcm desperate nk attention |
|
|
|
|
|
|
|
cikpah27 replied at 22-4-2021 02:16 PM
Sejak aku tau yang boleh ambil 30% atas derma tu, memang dah tak minat nak derma dekat depa ni.. Bai ...
Betul... Mulakan la derma dengan yg dekat dengan kita... Adik beradik..jiran tetangga.. surau taman perumahan kita.. guard n cleaner ofc kita.. even pelajaran anak2 kita n anak yatim di sek dorang... |
|
|
|
|
|
|
|
Tu belum kira lagi yg ada produk sendiri .. beli produk sendiri dgn duit yayasan pastu sumbangkan.. loll kiri kanan masyukkk.
|
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 23-4-2021 03:09 AM
tu la, iols pun tak koser nak sumbang kat website ngo aman palestin bagai, aman syria bagai. nak2 ...
Amanah ni beratt... Ramai yg berserban n bertudung labuh jadi peneraju. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pon sejak tau 30% dari hasil kutipan dorg amik, terus hati berbolak balik dah nk derma ke pertubuhan2 ni semua.. Skang klu aku rasa nk bersedekah, aku sedekah kt rider yg buat delivery, guard bawah umah.. Lagi puas hati |
|
|
|
|
|
|
|
Aku slalu kirim kt ank2 suruh kasi kt kwn2 dia yg bapa da meninggal. Ada 3 4 org dlm 1 sek tu. Direct ke bdk2 tu kan..jd dia bole.beli makn kt kantin ke. Makn berbuka ke pakai duit tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|