View: 53362|Reply: 419
|
'Dah Masuk Hari Ke-4 Tunku Azizah Dihina, Kerajaan Tak Buat Apa-apa Ke?
[Copy link]
|
|
Kerajaan perlu bertindak terhadap pihak yang menggunakan media sosial bagi menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan pelbagai tuduhan, panggilan nama dan poster yang memalukan.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya kesal dengan sikap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana sehingga hari ini belum memberikan sebarang kenyataan tegas berhubung isu tersebut.
Beliau turut mendakwa Kerajaan tidak melakukan tindakan drastik dan keras bagi mempertahankan kedaulatan Institusi Diraja.
“Perbuatan seperti itu tidak boleh dipandang enteng kerana Tuanku Raja Permaisuri Agong merupakan tonggak kepada Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana yang dipelihara dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara.
“Malah sudah masuk hari keempat penghinaaan sebegini berlanjutan, namun pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia mahupun Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia tidak memperlihatkan sebarang usaha mahupun tindakan pantas untuk menyekat akaun-akaun media sosial yang jelas menghina Tuanku Raja Permaisuri Agong dan Institusi Raja,” katanya.
Antara poster dikongsikan di Twitter
Pemuda UMNO akan membuat laporan polis supaya pihak Kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia segera bertindak tegas terhadap kumpulan terbabit.
Katanya, penghinaan tersebut sengaja dibuat bagi mahu membentuk persepsi negatif dan menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi Raja-Raja Melayu yang selama ini menjadi pengimbang kepada segala kekalutan rakyat dan krisis politik dalam negara.
Tuanku Azizah sebelum telah menutup akaun Instagramnya hampir dua hari selepas tanda pagar #dengkike menjadi sohor kini di Twitter.
#dengkike bermula selepas Tuanku Azizah membalas kenyataan seorang pengguna di Instagramnya.
Malah pelbagai poster yang memaparkan wajah Tuanku Azizah telah dimuat naik dan dikongsi di Twitter.
Sumber: Suara Merdeka |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Umngok menjilat berpisah tedaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
sori kerajaan very busy sekarang,
tengah cek memana lagi harta karun tertanam
KWAN ni baru jumpa
nak cari harta di luar hegeri pulak lepas ni
apa ko ingat ko je anak billionair, aku pun nak juga! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by NataliaLuiz at 22-4-2021 02:40 PM
alesandra: Umngok menjilat berpisah tedaaa...
Apa laaa. Dah mmg pihak istana tak boleh nak counterback dah. RPA sendiri yg reply mcm tu. Beribu orang dah hentam sana sini. Nak buat macam mana lagi? Now face the consequences. Queen pun sibuk buat kuih raya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tun dulu jatuhkan raja johor yg kuat daulat pun x kena tindakan.... hehe..ingat kes sultan johor dulu pada rakyat...
Hamponn |
|
|
|
|
|
|
|
tertinggal train isu ni...apa kes plak ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
NataliaLuiz replied at 22-4-2021 02:39 PM
Apa laaa. Dah mmg pihak istana tak boleh nak counterback dah. RPA sendiri yg reply mcm tu. Berib ...
I ingatkan, adalah kambing hitam mna2 yg dijadikan mangsa.... PA ke, tukang jaga media sosial ke......., Ni terus tutup terus IG |
|
|
|
|
|
|
|
Umngok acah2 pembangkang utk nampak hero,padahal dorang kerajaan sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 22-4-2021 02:42 PM
tertinggal train isu ni...apa kes plak ni..
Cuba uolls buka burung biru dan search #dengkike |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pon tetinggal train.. |
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 22-4-2021 03:06 PM
alah..kita takde burung
Kisahnye bermula apabila ada khabar angin mengatakan jAgong dan family dpt vaksin di UAE dan membawa balik 2000 dos ke Malaysia (citer ni lagi panjang, sila rujuk thread yg dh buka ),
Jadi adalah seorang hamba bertanya di comment isteri jAgong, chef2 kat istana tu dpt vaksin gak ke? Maka sang Ratu balas “dengkike”.....
Maka bermulalah kecaman kepada sang ratu hingga terpaksa menutup IG
Sekian |
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya kuiinn kena masak bubur lambuk lagi nk sejukkan rekyattt..makanan dapat sejukkan ummah saracen |
|
|
|
|
|
|
|
Harapkan SKMM?
Kementerian sendiri pun paksa smua staff like fb menteri siap kena tunjuk bukti |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk ig queen duk busy buat kuih raya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah malaysia stress
Jgn silap sket, siap la kena berjemaah |
|
|
|
|
|
|
|
songhara1226 replied at 22-4-2021 02:50 PM
I ingatkan, adalah kambing hitam mna2 yg dijadikan mangsa.... PA ke, tukang jaga media sosial ke.. ...
Pihak istana Nak putar belit macam mana lagi? Sbb mmg salah queen sendiri melayan. So hadap la kecaman. Pengajaran utk dia, jgn aktif sgt or libatkan personal life, share personal thoughts. A big no for royal. Sekali tersilap kata, habis. I faham dia boring, sbb tu dia masak2 je.
So, for safety, lagi baik queen tak aktif main socmed ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini penyakit cari sendiri |
|
|
|
|
|
|
| |
|