Pendakwah bebas Da’i Ahmad Fuad Mokhtar memandang serius masalah bipolar yang dihidapi pelakon Janna Nick.
Ujar beliau, aktres itu perlukan seseorang yang mampu memimpin rohaninya agar ia kembali pulih dan tenang.
Kredit foto: IG Janna/Fuad
“Janna memerlukan seorang pendengar yang baik dan seseorang yang boleh memimpin kerohaniannya.
“Memimpin kerohanian ni bukan sekadar minta dia buat untuk tenangkan hati... bukan suruh dia solat atau baca al-Quran.
“Tapi bantu dia untuk hentikan sekejap minda dia dan meletakkan jiwa dalam merawat menggunakan al-Quran, ” katanya kepada mStar.
BACA JUGA: 2 Kali Cuba Bunuh Diri, Janna Nick Didiagnos Menghidap Bipolar
Terdahulu Janna berkongsi di Instagram dia merupakan penghidap bipolar dan pernah membuat cubaan membunuh diri pada usia remaja.
Sumber: mStar |