CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1238|Reply: 1

[Sarawak] Hanya 10 peratus anggota polis di Sarawak dibenar cuti raya

[Copy link]
Post time 23-4-2021 06:26 AM | Show all posts |Read mode



KUCHING: Polis Sarawak tetap menjalankan tugas ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti dalam memastikan keselamatan dan keamanan rakyat sentiasa terjaga.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata, hanya 10 peratus anggota di negeri ini dibenarkan bercuti pada musim perayaan tahun ini.

"Untuk perayaan ini kita cuma membenarkan 10 peratus anggota untuk bercuti... setakat inilah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan Gawai Raya 2021 daripada Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah di Mes Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, di sini hari ini.

Tambah Aidi, kebanyakan anggota menyambut raya di daerah masing-masing.

"Arahan juga tidak dibenarkan merentas daerah dan termasuklah di Sarawak larangan untuk merentas zon masih lagi berkuat kuasa.

"Jadi kalau diikutkan arahan diberikan, setakat ini, arahan untuk merentas zon atau negeri masih belum diluluskan lagi," tegasnya lagi.

Rusnan Mustafa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2021 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Takpe la
Tak.boleh balik kampung kan..
Bertugas kurang2 boleh jumpa rakan sekerja gitu
Yang ada family..okay la..
Yang bujang..raya kat tempat bertugas

Cam kat tmpt keje laki iols..yang bujang dah mati kutu raya ni sebab tak beh rentas  egeri kan..nak tukar cuti dgn kawan2 lain..mmg kawan2 lain tak nak le..hhahahaah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.047712 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list