View: 2077|Reply: 7
|
Suami Isteri Ditahan Tak Pakai 'Mask' Saling Menyalahkan Satu Sama Lain
[Copy link]
|
|
Gara-gara tidak memakai pelitup muka dan bertengkar di hadapan anggota polis, suami isteri di India dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah pada Isnin lalu.
Hukuman itu dikenakan selepas permohonan mereka untuk diikat jamin ditolak oleh hakim.
Portal TimesNowNews melaporkan tertuduh dikenali Pankaj dan isterinya, Abha dari Patel Nagar didakwa mengikut Seksyen 188 Akta Pengurusan Bencana Delhi.
Pankaj ditahan pada Ahad manakala Abba keesokan harinya (Isnin). Selepas ditahan, kedua-duanya saling menyalahkan satu sama lain.
Pankaj mendakwa isterinya melarangnya memakai pelitup muka. Abha pula menyalahkan suaminya kerana berkelakuan tidak sopan di hadapan polis disebabkan dalam keadaan emosi.
"Kejadian dilaporkan berlaku di Dilli Gate dekat Daryaganj apabila seorang lelaki dan wanita iaitu suami isteri ditahan anggota polis ketika operasi sekatan jalan.
"Anggota bertugas meminta mereka memberhentikan kenderaan dan memeriksa pas pergerakan mereka.
"Namun, mereka bukan hanya gagal menunjukkan pas pergerakan. tetapi kedua-duanya juga tidak memakai pelitup muka," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) Jasmeet Singh.
Selain kesalahan berkenaan, Abba juga disyaki memalsukan namanya yang bukan Abha Yadav tetapi Urvashi Yadav.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yang dia kata dia, yang dia kata dia. 2 x 5, 5 kali b*bi |
|
|
|
|
|
|
|
hahahah... ko ni diva AA ke kurex?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 23-4-2021 08:09 AM
Yang dia kata dia, yang dia kata dia. 2 x 5, 5 kali b*bi
Ujung dua-dua masuk lokap.
Bagus Hakim Tu. We need more ppl like him.
Hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
haha.. samalah perangai memasing |
|
|
|
|
|
|
|
haih kap lam nun alip.. mmg gitu la. ko kata aku, aku kata ko |
|
|
|
|
|
|
|
Kap Lam Nun Alif tu "Kelly Ng" ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang penting kompaun mesti dikeluarkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|