View: 1748|Reply: 3
|
Hero, Barisan Hadapan Kita- Aman Ra Hargai Penghantar Makanan
[Copy link]
|
|
Penyanyi rap Aman Ra, 34, bersyukur video penghargaan berkonsep 'Spoken Words' terhadap penghantar makanan dihasilkannya berjaya menyentuh hati rakyat Malaysia.
Aman atau nama sebenarnya Aman Jamaluddin berkata, golongan itulah sebenarnya antara barisan hadapan yang perlu dihargai sebaik-baiknya.
Foto: IG
"'Spoken Words' adalah satu bentuk penghargaan buat mereka (penghantar makanan). Pada pendapat saya, mereka hero sebenarnya, barisan hadapan kita.
"Mereka satu daripada komponen penting dalam barisan hadapan kita. Mereka yang menghantar barangan makanan dan keperluan kita.
"Apabila kita dengar macam-macam berita mengenai perjuangan mereka, terima kasih! Secara peribadi, saya sangat bersyukur dengan perjuangan mereka," katanya.
Terdahulu, penyanyi lagu Bangun itu memuat naik video kompilasi klip penghantar makanan terbabit di media sosial termasuk Instagram dan TikTok.
Video itu berjaya mendapat lebih 394,000 tontonan, 67,000 tanda suka, dan 5,500 perkongsian di TikTok.
Kebelakangan ini, berita kemalangan membabitkan penghantar makanan jelas membimbangkan. Bagaimanapun, ramai masih berjuang untuk kelangsungan hidup dengan melakukan pekerjaan terbabit.
Untuk rekod, Kementerian Pengangkutan Malaysia melaporkan 17 kes kematian, 64 cedera ringan dan 10 parah dalam kemalangan membabitkan penghantar makanan atau penunggang e-hailing tahun lalu. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Penghantar makanan hero? Hero ke? Sorry dah banyak kali terjadi depan mata. Kat office, dengar rider jerit pantek ah!!!! sebab yang memesan makanan lambat sikit keluar. Masa kat kedai makan, pekerja kedai hulurkan bungkusan makanan elok2, rider rampas rentap sampai tertumpah kuah dengan air. Husband drive keluar simpang tengok kiri kanan takde apa pastu tetiba rider lalamove tetiba mencelah pastu tunjuk fuck.
Bak kata budak2 sekarang think positive, mungkin dorang menggelupo camtuh sebab nak kejar trip nak cari duit lebih bagi family makan.
Pendapat meolls jahhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
tu bukan isunya, isu nya bukan die menggatal dengan siapa tu ke walhal dah ada bini??
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan bininya klem ka, berkali kali jatuh talak dah???.. penin.. penin..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|