Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Yahya bin Yahya & Qutaibah bin Sa'id, daripada Hammad bin Zaid, daripada Harun bin Riyab, diceritakan oleh Kinanah bin Nu'aim Al 'Adawi, daripada Qabishah bin Mukhariq Al Hilali,
"Aku pernah menanggung hutang (untuk mendamaikan dua (2) kabilah yang saling bersengketa).
Lalu aku datang kepada Rasulullah s.a.w., meminta bantuan Rasulullah s.a.w. untuk membayarnya.
Rasulullah s.a.w. menjawab, "Tunggulah sampai orang datang menghantarkan zakat. Nanti kusuruh menyerahkannya kepadamu."
Kemudian Rasulullah s.a.w. melanjutkan sabdanya, "Hai Qabishah, sesungguhnya meminta-minta itu tidak boleh (haram) kecuali untuk tiga (3) golongan.
1) Orang yang menanggung hutang (gharim, untuk mendamaikan dua (2) orang yang saling bersengketa atau seumpamanya). Maka orang itu boleh meminta-minta, sehingga hutangnya lunas. Bila hutangnya telah lunas, maka tidak boleh lagi dia meminta-meminta.
2) Orang yang terkena bencana, sehingga harta bendanya musnah. Orang itu boleh meminta-minta sehingga dia memperoleh sumber kehidupan yang layak baginya.
3) Orang yang ditimpa kemiskinan, (disaksikan atau diketahui oleh tiga (3) orang yang dipercayai bahawa dia memang miskin). Orang itu boleh meminta-minta, sehingga dia memperoleh sumber kehidupan yang layak (baginya).
Selain daripada tiga (3) golongan itu, haram baginya untuk meminta-minta.
Dan haram pula baginya memakan hasil meminta-minta itu."
(Hadith Muslim no. 1730)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|