Edited by CitySity at 24-4-2021 10:57 PM
Saya pernah rasa keliru nak pakai sunscreen dengan sunblock? Ramai yang ingat sunscreen dengan sunblock adalah perkara yg sama, betul kan? Sebenarnya, banyak perbezaan ketara antara sunscreen dengan sunblock dan uolls sepatutnya mengambil tahu kerana kedua-duanya akan memberi kesan kepada kulit bila kita meningkat usia nanti.
SUNBLOCKFungsi utama sunblock adalah melindungi kulit wajah dari sinar radiasi UVB (short wave ultraviolet B), satu radiasi yang menyebabkan kulit terbakar dan risiko kanser melanoma. Kebiasaannya, bila kita pakai sunblock haruslah pakai secara menipis sahaja! Tapi sunblock berkemampuan melindungi dan mengelak sinar UVB dari tembus memasuki ke bahagian dalam kulit. Kalau kulit uolls jenis BERJERAWAT, tolong pilih sunblock yg ada label “non-comedonal”, no fragrance & no paraben sebab nanti muka lagi mudah naik jerawat yang banyak.
Fungsi utama sunblock adalah melindungi kulit wajah dari sinar radiasi UVB (short wave ultraviolet B), satu radiasi yang menyebabkan kulit terbakar dan risiko kanser melanoma. Kebiasaannya, bila kita pakai sunblock haruslah pakai secara menipis sahaja! Tapi sunblock berkemampuan melindungi dan mengelak sinar UVB dari tembus memasuki ke bahagian dalam kulit. Kalau kulit uolls jenis BERJERAWAT, tolong pilih sunblock yg ada label “non-comedonal”, no fragrance & no paraben sebab nanti muka lagi mudah naik jerawat yang banyak.
SUNSCREEN
Sunscreen akan menyerap terlebih dahulu cahaya matahari sebelum sampai pada lapisan dermis kulit yang akan menyebabkan kesan yang boleh menjejaskan kesihatan kulit. Sunscreen tidak melindungi kulit dari sinar UVB tetapi ia akan melindungi kulit daripada radiasi UVA (long wave ultraviolet A), yang menyebabkan penuaan dan kulit berkedut atau boleh naikkan jeragat juga. Mana lagi penting? Sunblock atau sunscreen? Kedua-duanya sama penting dan mempunyai keupayaan tersendiri dalam memberikan perlindungan pada kulit manusia. Pesan Mommy, uolls kena bijak memilih krim pelindung cahaya matahari yang mampu memberi pelindungan kepada kedua-dua jenis radiasi, UVA dan UVB.
|