Kredit foto - Harian Metro
Pelakon Fattah Amin sememangnya dikenali ramai. Pada awal kemunculannya dalam industri seni, dia pernah digelar pelakon kayu namun ia tidak mematahkan semangat beliau untuk terus aktif dalam dunia hiburan.
Terbaru, Fattah telah membuktikan kebolehan lakonannya yang selama ini disangkal sesetengah pihak. Fattah telah dinobatkan sebagai pemenang bagi Pelakon Terbaik dalam World Film Carnival Singapore March 2021.
Berita baik ini dikongsi menerusi instagramnya.
Beliau bersyukur dengan kemenangan yang telah diperolehinya itu melalui lakonan dalam filem Mimaland. Berkongsi mengenai watak dibawa dalam Mimaland yang merupakan filem seram pertamanya, Fattah mengaku karakter Ariel sangat berbeza dan memerlukannya bermain emosi.
Isteri Fattah, pelakon Nur Fazura turut menitipkan ucapan tahniah di atas kejayaan suaminya itu.
Kredit Foto - Instagram Fattah Amin
Kejayaan Fattah ini boleh dijadikan sebagai contoh untuk para pelakon baru yang masih berusaha untuk mencipta nama dalam dunia hiburan. Tahniah diucapkan buat Fattah! -CARI
|