CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3956|Reply: 14

Aishah Azman kesal sikap penerbit drama yang Selfish!!

[Copy link]
Post time 25-4-2021 11:53 PM | Show all posts |Read mode
Aishah Azman kesal sikap penerbit drama!


AISHAH Azman bersyukur bebas dari penyakit Covid-19. FOTO IG

Kuala Lumpur: Biarpun disahkan negatif Covid-19, pelakon Aishah Azman tetap kecewa dengan penerbit drama lakonannya berjudul Rindu Yang Hilang.

Menerusi Instagram Story hari ini, pelakon berusia 24 tahun itu secara terbuka menyatakan kekesalan berhubung perkara terbabit.

"Alhamdulillah. Saya negatif. Terima kasih semua yang mendoakan baik-baik untuk saya dan keluarga dan team #RinduYangHilang. Moga Allah membalas kepada pihak yang tak bertanggungjawab dengan setimpal.

"Saya sebagai salah seorang pelakon untuk team #RinduYangHilang sangat kecewa dengan tanggungjawab penerbit team ini. Beliau boleh memaksa seorang pelakon yang memang dah ada kontak rapat dengan pesakit positif Covid untuk hadir menjalankan penggambaran tanpa fikirkan pihak pelakon dan team yang lain.

"Atas sebab tak nak bayar lebih untuk tambahan hari, beliau juga biarkan pelakon untuk bekerja hingga 24 jam atas sebab tak nak mengeluarkan bajet," tulisnya.

Aishah turut memaklumkan ini pengalaman pertamanya bekerja dengan penerbit yang mementingkan diri sebegini rupa.

"Selepas dapat tahu pelakon terbabit positif Covid, beliau langsung tak bertanggungjawab untuk membayar semua kos swab test pada semua team #RinduYangHilang. You're too much," katanya.

Drama didakwa terbitan Bright Network ini turut menampilkan pelakon Aman Shah, Kuza, Linda Hashim dan Ezzaty Abdullah.

  


Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Aishah memberitahu melakukan 'swab test' berikutan dirinya kontak rapat kepada pelakon Laila Nasir.

  


Laila yang positif Covid-19 pada 22 April lalu, menjalani penggambaran Rindu Yang Hilang selepas menghabiskan penggambaran drama Kiblat Yang Hilang di Pangsun, Hulu Langat pada 12 April sebelumnya.

Selain itu, dua lagi pelakon drama terbabit iaitu Farisha Irwayu dan Sweet Qismina turut positif Covid-19.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2021 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
so sweet qismina ni berlakon 2 drama la eh? satu yg kat hulu langat, satu lagi ipoh. sheols la yg ada contact rapat kot sbb both production affected
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2021 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Sweet ni berlakon filem kan. Kat Kuala kangsar kalau tak silap
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2021 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Bising2 pasal penerbit ni tak takut ke hilang job?
Dah la masih sendu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2021 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Report je penerbit/boss yang paksa tu dekat KKM/polis eyy geram pulak rasa. Pelakon kontak rapat tu swab test lambat ke apa lepas dapat tau tu? Kalau kena denda/jail sebab menyebar bukan penerbit tu nak bayarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2021 09:42 AM | Show all posts
kiblat yang hilang..
rindu yang hilang..
kemudian apa yang hilang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2021 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe: kiblat yang hilang..rindu yang hilang..kemudian apa yang hilang..


Paling expected dalam drama melayu lately - Dara yang hilang
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2021 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 26-4-2021 09:42 AM
kiblat yang hilang..
rindu yang hilang..
kemudian apa yang hilang..

Kesabaran yg hilang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2021 12:36 PM | Show all posts
dia ni sejenis yang suka merempan juge ye..hilang job la lps ni ko dik..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2021 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg byk producer hanjeng pikir untung jah tp aniaya crew n pelakon....producer hanjeng dok tunjuk islamik bagai pun mcm sial buli pekerja...producer yg helok bleh bilang ngan jari...hj zil antara producer yg x brkira duit
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2021 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe: kiblat yang hilang..rindu yang hilang..kemudian apa yang hilang..


Nyawa yang hilang
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2021 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe: kiblat yang hilang..rindu yang hilang..kemudian apa yang hilang..


Nandrek kt dahi dia hilang
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2021 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 26-4-2021 09:42 AM
kiblat yang hilang..
rindu yang hilang..
kemudian apa yang hilang..


Inai yang hilang...minah ni jugak yg berlakon. Now petang2 kat tibitigasuku dok tayang balik
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2021 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 26-4-2021 09:42 AM
kiblat yang hilang..
rindu yang hilang..
kemudian apa yang hilang..

Kerongsang yg hilang...misteri yg seringkali terjadi
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruknya produksi yg selfish.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.241300 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list