View: 2226|Reply: 11
|
Bahan Disebalik Cincau Yang Anda Mungkin Tidak Tahu
[Copy link]
|
|
Bahan Disebalik Cincau Yang Anda Mungkin Tidak Tahu
Cincau merupakan jenis agar - agar yang popular dikalangan rakyat Malaysia dan juga negara Asia yang lain. Air Cincau dikenali ramai kerana khasiatnya yang dikatakan menjadi penyejuk badan.
Tapi tahukah anda apa sebenarnya bahan asas cincau ni? Bahan asas cincau adalah tumbuhan keluarga mint iaitu Mesona chinesis yang mengandungi kalium karbonat. Pokok ini banyak tumbuh dikawasan seperti di Asia Tenggara dan juga banyak di negara China dan Taiwan.
Dalam proses membuat Cincau, tumbuhan ini dipercayai dimasak dengan campuran tepung tapioca atau agar-agar powder supaya menjadi jelly cincau.
Cincau hitam merupakan bahan ramuan jenis agar-aga yang sangat di minati dan biasanya dicampurkan dalam minuman cincau.
Minuman Cincau bukan sahaja menyejukkan badan tetapi secara ilmiah banyak khasiat lain diperolehi daripada cincau. Lazimnya cincau akan menurunkan panas dalam dan ia juga mencegah gangguan sistem pencernaan dan memudahkan untuk buang air besar.
Cincau juga mampu untuk mengatasi masaalah perut kembung. Cincau turut dikatakan ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan kurangkan kadar kolesterol. Selain itu katanya cincau mengatasi masaalah sakit perut (diare) dan mengurangkan masaalah batuk dan mengelakkan sembelit dan paling menakjubkan ia didakwa sebagai bahan antikanser.
Daripada kajian makmal mendapati tumbuhan cincau ini mengandung zat sejenis karbohidrat yang mampu menyerap air sehingga daunnya menjadi padat.
Sumber:https://sinar.my/viral/inspirasi ... a-mungkin-tidak-tah
|
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya cincau
ptg kang nak cari la |
|
|
|
|
|
|
|
Info yang sangat bermanfaat, sebelum ni tahu makan dan minum cincau tetapi tidak tahu asal-usul cincau tersebut, tq TT |
|
|
|
|
|
|
|
kaka tanam pokok cincau hitam nih. kawan opis bagik tapi tak penah buat pun. helok merimbun pastu pangkas. senang nau nak menanam. |
|
|
|
|
|
|
|
ada tengok youtuber masak cincau from scratch pakai daun pokok ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus benang nie
Tak tahu pulak dari pokok asanya..sesiapa ada gambar pokok ini??? |
|
|
|
|
|
|
|
ketupatnasi replied at 27-4-2021 03:27 PM
kaka tanam pokok cincau hitam nih. kawan opis bagik tapi tak penah buat pun. helok merimbun pastu pa ...
Tepek skit daun dia pls.. Teringin nk tengok.hehe |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ni gambar google. mcam daun pudina tp xde bau. cincau hijau pun lebih kurang je.
senang nak biak. tanam guna keratan batang jahhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
ketupatnasi replied at 28-4-2021 11:44 AM
ni gambar google. mcam daun pudina tp xde bau. cincau hijau pun lebih kurang je.
senang nak biak. t ...
Oh ada jenis hijau hitam ye.. Nais.. Thanks dik ketupat.. Terus rasa nak raya |
|
|
|
|
|
|
|
Baru jer beberapa Hari Lepas tgk orang buat cincau kat tik tok |
|
|
|
|
|
|
|
Rupa-rupanya asal daun ,Tu la ingat Kan agar 2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|