CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1519|Reply: 5

Lelaki Dakwa Dirinya Cucu Ratu Elizabeth

[Copy link]
Post time 27-4-2021 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Sydney: Seorang lelaki dari Australia yang mendakwa dia anak kepada Putera Charles dan Camilla Parker Bowles mengemukakan bukti gambar anaknya yang mirip dengan Ratu Elizabeth.


Lapor NZ Herald, Simon Dorante-Day, 55, mendakwa mempunyai bukti dia adalah anak kepada pasangan itu.


Dorante-Day percaya dia dilahirkan pada 1965 ketika Putera Wales itu hanya berusia 17 tahun manakala Duchess of Cornwall itu pula baru berumur 18 tahun.


Menurutnya, dia dilahirkan di United Kingdom (UK) namun mendakwa diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga yang didakwa Dorante-Day mempunyai hubungan dengan kerabat diraja.


Kredit foto: Harian Metro





Katanya, datuk dan nenek angkatnya, Winifred serta Ernest bekerja dengan Ratu Elizabeth dan mendiang Putera Philip pada tahun 1960-an.


Lelaki itu membuat dakwaan itu selepas Putera Charles dan Camilla tidak menjawab beberapa suratnya.


Dorante-Day juga memfailkan kes di mahkamah dalam usaha memaksa pasangan diraja itu mengambil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) namun tidak dilayan.


Dia yang kini menetap di Queensland, Australia berkongsi sekeping gambar membandingkan anak lelakinya, Liam dengan Ratu Elizabeth II ketika baginda berusia 20-an.


Dorante-Day mendakwa gambar berkenaan cukup jelas membuktikan bahawa dia bercakap benar.


Dia juga percaya Putera Charles dan Camilla adalah ibu bapa kandungnya selain mendakwa dilahirkan selepas pasangan itu bertemu pada tahun berkenaan.


Dorante-Day sebelum ini pernah memfailkan kes itu di Mahkamah Tinggi Australia namun gagal membuktikan dakwaannya.


"Nenek angkat saya pernah memberitahu beberapa kali Charles dan Camilla adalah ibu bapa kandung saya.


"Saya hanyalah lelaki biasa mencari ibu bapa kandung. Jadi, saya akan melakukan apa sahaja supaya ia membawa saya lebih dekat kepada Charles dan Camilla," katanya kepada 7 News. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2021 11:32 AM | Show all posts
Bukan ke thread ni dah ada..........
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok dude. Whatever.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 27-4-2021 11:32 AM
Bukan ke thread ni dah ada..........

Hihihi uolls nmpk x sapa yg buka tu? CARI-SAMPAH, mmng dia x kan kisah pon, maaf tt bukan saya tujukan kat tt
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 02:06 PM | Show all posts
Thead dah ada
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2021 02:25 PM | Show all posts
dah lama kes ni..yet he still kenot move on..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.280753 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list