View: 2882|Reply: 8
|
Riena Diana Bertudung Sepanjang Ramadan
[Copy link]
|
|
Kehadiran bulan Ramadan membuka pintu hati pelakon dan penyampai radio, Riena Diana untuk mengambil keputusan memakai tudung.
Riena berkata, selain mahu mengumpul pahala di bulan mulia ini dia juga dalam proses untuk belajar dan merasai pengalaman berhijab.
Foto: IG
"Sebenarnya saya belum terfikir nak pakai tudung sepenuhnya lagi, tapi saya ambil keberkatan bulan Ramadan ini dengan memakai tudung sepanjang mengendalikan segmen Geng Pagi Hot di stesen radio Hot FM.
"Ketika saya maklumkan kepada penerbit untuk membawa karakter bertudung di konti radio sepanjang bulan puasa ini, dia memberi galakan dan menyokong pilihan yang saya buat.
"Saya anggap ini adalah permulaan untuk saya membiasakan diri sebelum mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya satu hari nanti. Apapun, doakan semoga impian untuk berhijab dipermudahkan," katanya.
Menurut Riena lagi, sejak mengenakan tudung pada hari pertama puasa dia mengakui Ramadan yang dilalui lebih bermakna.
"Jujur macam-macam perasaan bermain di fikiran, tapi apa yang lebih menyeronokkan bila rasa puasa kita lebih bermakna.
"Lagipun, tahun lalu ada beberapa hari yang saya tidak dapat berpuasa kerana jatuh sakit. Tapi, tahun ini insha-Allah saya akan berpuasa penuh selain tidak dapat berpuasa kerana keuzuran," katanya.
Terdahulu, pada 24 Februari lalu Riena dipilih menjadi penyampai radio baharu di Hot FM, sekali gus melengkapkan trio Geng Pagi Hot (GPH) bersama Fizie dan Mark Adam. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Okla tu sikit2, mana tau tiba2 terbukak hati. nak berubah kena ikhlas. |
|
|
|
|
|
|
|
suka dia ni, she has a big potential in the industry.. semoga dijauhkan dari gossip2 murahan |
|
|
|
|
|
|
|
moga istiqamah..kekal bertudung even after ramadan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni cntik kan. Aku pon suke gedik over yg x menyakitkn hati atau mata tgk. X bingit mcm janna nick atau ain edruce |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak gambar baju belang nampak perot tu hauk ler. Perot hauk. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni telinga capang ye.. tapi sheolls cantik... muka dia besih ye.. insecure acik... ayoo... telinga bole katup dgn rambut/tudung...
pakai skincare apo la gamoknya dia ni.. cantik |
|
|
|
|
|
|
| |
|