CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37122|Reply: 126

[DRAMA MELAYU] AKASIA : SABARLAH DUHAI HATI Bermula 28 April 2021

[Copy link]
Post time 28-4-2021 03:59 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by eddlisa_uyuk at 28-4-2021 08:00 AM

Nantikan drama adaptasi novel 'Sabarlah Duhai Hati' karya Mimie Afinie akan mengisi slot Akasia TV3. Menemukan gandingan Saharul Ridzwan dan Amyra Rosli. Diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading, arahan Mohd Fazli Yahya.

JUDUL : SABARLAH DUHAI HATI
EPISOD : 35
TARIKH TAYANGAN : Ramadan 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis
PENGARAH : Mohd Fazli Yahya, Eez Jalaluddin
PRODUKSI : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Saharul Ridzwan, Amyra Rosli, Aiman Badrul, Puteri Sarah Liyana, Izzue Islam, Iman Suhana, Fadilah Mansor, Balkisyh Semundur Khan, Haleeda, Emelda Rosemila, Kodi Rasheed, Hisyam Bakar, Danish Hazriq, Pablo Amirul

WATAK PELAKON
Saharul Ridzwan sebagai Affan
Amyra Rosli sebagai Fira
Aiman Badrul sebagai Danish
Puteri Sarah Liyana sebagai Dian
Izzue Islam sebagai Nazim
Iman Suhana sebagai Nadia
Fadilah Mansor sebagai Opah
Balkisyh Semundur Khan sebagai Mak Teh Zana
Haleeda sebagai Laila
Emelda Rosemila sebagai Shima
Kodi Rasheed sebagai Rizal
Hisyam Bakar sebagai Pak Teh

SINOPSIS SABARLAH DUHAI HATI
Setelah kehilangan kedua-dua ibu bapa, Nur Syafira bertanggungjawab menjaga adik kecil, Danish yang sebelum ini dibencinya.

Bagi mengelak rancangan Opah, Affan memilih Fira untuk dijadikan isteri. Mereka rapat semasa kecil, tetapi kisah lama yang memalukan membuatkan Fira cuba mengelak bertentang mata dengan Affan.

Perkahwinan Affan dan Fira mendapat tentangan dari Nadia, sepupu Affan yang hendak dijodohkan Opah dengan Affan.

Rumahtangga mereka sentiasa diuji sehinggakan Fira menghilangkan diri.

SINPOSIS NOVEL SABARLAH DUHAI HATI

Dugaan berat yang menimpa, merubah seluruh hidup Nur Syafira. Saat bergelut dengan ujian, dia tiba-tiba dilamar untuk Muhammad Affan. Sungguh, dia tak percaya.

Tegur pun tak pernah, tiba-tiba nak jadikan dia isteri. Lagipun, dia masih tak lupa cerita lama. Cerita memalukan yang hanya mereka berdua saja yang tahu. Hatinya kuat mengatakan Affan terpaksa. Affan hanya menurut kehendak orang tua tanpa rela.

Namun, kalau dah tertulis jodoh mereka, elak macam mana sekalipun, tetap bersatu juga. Walau dihati ada curiga, Fira tetap mengharap bahagia.

“Sejak bila abang suka Fira?”
“Sejak Fira curi hati abang.”
“Abang kan pernah cakap, abang tak suka Fira. Abang takkan kahwin dengan Fira.”

Tawa Affan memecah suasana hening malam. Kuat dan lama.
Dalam suram cahaya lampu, Fira pandang suaminya. Geram dengan suara tawa itu.

“Ini cerita tahun bila Fira bawa keluar ni?”
“Tak kisahlah tahun berapa pun, yang penting abang pernah cakap macam tu, kan? Kecil hati Fira, tau!”
“Kecik hati dengan abang la ni?”
“Memang pun. Dah buat orang macam tu, pandai pulak ajak orang kahwin. Tak malu.” Fira mengejek.
Lagi sekali Affan hamburkan tawanya.

Bahagia yang disangka sampai ke petang, rupanya masih ada halangan dan rintangan.

“Kalau you nak tahu, bukan Affan yang nak sangat kahwin dengan you tapi mak teh yang paksa dia. Sebabnya mak teh kesiankan you.” - Nadia

Mampukah Fira terus memujuk hatinya supaya bersabar dan bertahan? Atau sudah sampai masanya untuk dia mengalah dan lepaskan segalanya?

Kredit : myinfotaip.com

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2021 03:28 PM | Show all posts
cerita mcm biasa je xde perubahan dlm industri
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Annoying la jadi budak2 spm kononnya
Tak sesuai langsung muka tua jadi 17tahun
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa saharul,putrisarah dan amyra nmpk kertu... Sbb mekap nipis ke mcmn?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2021 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu lah.. Tak sesuai lah bawak watak umur 17..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Muntah hijo tengok mak & bapak budak jadi budak skolah & budak U. Knp x amik je Riena Diana & Intan Najuwa? Meerqeen, Hun & Aliff Satar lagi sesuai jadi budak U
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-4-2021 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
URUHA replied at 28-4-2021 08:16 PM
Muntah hijo tengok mak & bapak budak jadi budak skolah & budak U. Knp x amik je Riena Diana & Intan  ...

Setuju.. Tapi maybe yg lain dah ada commitment dgn production lain. So dorg amik mana yg available lah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
URUHA replied at 28-4-2021 12:16 PM
Muntah hijo tengok mak & bapak budak jadi budak skolah & budak U. Knp x amik je Riena Diana & Intan  ...

Actually takda masalah pun klu reti wlpun kertu. Try tengok korean drama, reply 94, 98, hospital playlist ok je yg umur 30 an, 40an bawak watak budak sekolah & budak U. Pelakon MY ni memang muka cepat tua & tak reti berlakon kot, semua tak kena. Dah la storyline klise.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2021 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok dh bole agak jln cerita so muakk
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2021 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Puteri sarah berlakon tak best. Dia bercakap meleweh
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Seperti biasa casting ke jurang dalam lautan mariana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2021 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
TerataiMelur02 replied at 28-4-2021 11:08 PM
Puteri sarah berlakon tak best. Dia bercakap meleweh

Itu lah... Nak, kena hadap smpi 35 episod nih
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 28-4-2021 09:17 PM
Setuju.. Tapi maybe yg lain dah ada commitment dgn production lain. So dorg amik mana yg available ...

Mungkin la ramai x available tp meols masih x puas hati. Kat Malaysia ni xde buat konsep casting utk watak utama ke? Asal watak utama je terus amik pelakon2 crowd puller walaupun hakikatnya x sesuai dgn cerita. Kalau ada buat casting leh la letak syarat umur & ciri2 lain yg sesuai utk watak tu. Paling x pun please la cari pelakon yg baby face supaya x awkward
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 28-4-2021 10:52 PM
Actually takda masalah pun klu reti wlpun kertu. Try tengok korean drama, reply 94, 98, hospital p ...

Even cerita jepun pun pelakon umur 30an & 40an x nampak pelik bila ada scene throwback jadi budak skolah. Mmg nampak sgt muka polos budak skolah tu. Even pakain diorang pun sesuai utk gambarkan watak remaja. Kat Malaysia ni bawak watak budak skolah pun masih nampak g makeup kt muka. Mungkin MUA Malaysia ni x reti buat ‘no makeup’ makeup.

Dari segi lakonan pun nampak janggal jugak. Especially part Puteri Sarah jadi budak skolah. So geli dgn cara cakap & ekspresi muka yg kononnya nak nampak comel

Tang storyline tu mmg klise nak mamps pun. Meols tengok sbb nak tunggu masa berbuka je. Patutnya buat la drama pasal woman empowerment ke, bangkit dari kegagalan ke... & paling power kalau boleh buat drama zaman Sultan Melaka dulu2. Nyampah tengok drama pasal org ado2 je. Rakyat marhaen ni x layak nak dpt hidup yg best ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 06:37 PM | Show all posts
ohh...semalam punya ep tu zaman spm...
patutlah nampak weird..
layan endah tak endah jer semalam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
URUHA replied at 29-4-2021 10:15 AM
Mungkin la ramai x available tp meols masih x puas hati. Kat Malaysia ni xde buat konsep casting u ...

Zaman skang stesen TV yg tetap kan sapa hero & heroin yg dorg nak.. Tu lah masalahnya... Casting ni biasa dorg buat utk filem je kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2021 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mijot replied at 29-4-2021 06:37 PM
ohh...semalam punya ep tu zaman spm...
patutlah nampak weird..
layan endah tak endah jer semalam.. ...

Rasa2 awal2 episod ni zaman2 dorg sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 29-4-2021 07:07 PM
Zaman skang stesen TV yg tetap kan sapa hero & heroin yg dorg nak.. Tu lah masalahnya... Casting n ...

Patut la retis kayu kayan pun sng2 je dpt berlakon. Yg penting kena jadi anak emas stesen tv. Ni lah salah satu punca drama2 melayu ssh bersaing. Kalau kt oversea drama tv or web series pun diorang akan casting. The good thing is, dapat tgk muka baru yg berbakat. Xde la muka sama je kuar kt tv.

Nasib la hari ni semua watak2 utama dah keje & paling x pun jadi student U. Kurang la sikit rengsanya (walaupun jalan cerita masih g terlalu cliche & bosan)
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2021 10:22 PM | Show all posts
dah makeup pun berkati-kati...nampak muka tua la...tp at least kali ni body sahrul nampak ok sikit jadi budak skolah berbanding drama apa ntah yg ada zara zya, ezzati..yg tu body dia besar gedabak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2021 03:40 AM From the mobile phone | Show all posts
URUHA replied at 29-4-2021 08:23 PM
Patut la retis kayu kayan pun sng2 je dpt berlakon. Yg penting kena jadi anak emas stesen tv. Ni l ...

Apa nak buat, demi rating.. Tu yg kadang asik nmpk pelakon yg sama je kt stesen TV tertentu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.200629 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list